Cerita Kereta Episod 4, klik sini
30 Oktober 2009
KERETA 15 TAHUN KENA MASUK PUSPAKOM UNTUK HIDUP CUKAI JALAN (Episod 3)
KUALA LUMPUR: Kalangan pemilik kereta berusia tidak bersetuju dengan peraturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum memperbaharui cukai jalan. Mereka berpendapat ia membebankan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli kenderaan lain atau membaik pulihnya jika kenderaan yang dibawa gagal melepasi tahap kelulusan Puspakom.
Selain itu, Puspakom dibimbangi tidak mempunyai kemampuan membuat pemeriksaan sehingga menyebabkan pelanggan menunggu lama di pusat pemeriksaan apabila peraturan baru itu dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan. Penghantar surat, Budiman Taib, 33, berkata prosedur itu merumitkan kerana jika kenderaan mempunyai masalah ketika pemeriksaan, semua urusan pembaharuan cukai jalan akan tergendala.
“Saya mempunyai kenderaan berusia dan ini membebankan kerana pemilik perlu menghantar kenderaan ke Puspakom dan menunggu lama untuk proses yang leceh itu,” katanya yang memiliki Proton Wira berusia hampir 15 tahun. Beliau juga berkata, selain itu, kos juga bertambah kerana Puspakom akan mengenakan caj untuk pemeriksaan. Jurutera, Wan Khairuzaman Wan Nordin, 44, juga tidak setuju kerana ia akan membebankan golongan miskin yang memiliki kenderaan berusia lebih 15 tahun.
“Pemilik kenderaan seumpama ini kebanyakannya golongan berpendapatan rendah. Ia akan membebankan mereka apatah lagi membabitkan kos.
“Ia akan merumitkan prosedur permohonan cukai jalan kerana pemilik terpaksa menunggu untuk memastikan kenderaan melepasi pemeriksaan,” katanya yang memiliki sebuah kereta Honda lama yang hampir berusia 15 tahun. Eksekutif syarikat swasta, Mastura Mohd Sidek, 42, berkata peraturan itu akan menyukarkan golongan berpendapatan rendah terutama yang memiliki satu kenderaan.
“Kenderaan lama mesti ada masalah yang menyebabkan permohonan cukai jalan tertangguh dan seterusnya menyukarkan urusan seharian,” katanya.
Wakil jualan, Raduan Basarudin, 46, berkata kerajaan perlu memastikan Puspakom meningkatkan kecekapan bagi mengelakkan peraturan baru itu menyusahkan orang ramai.
“Peraturan ini memang bagus bagi menjamin keselamatan, namun Puspakom perlu menaik taraf mutu perkhidmatan serta kecekapan supaya tidak menyusahkan pemilik yang terpaksa menunggu lama ketika kereta menjalani pemeriksaan,” katanya.
Akhbar semalam melaporkan peraturan yang dianggar membabitkan kira-kira sejuta kenderaan, adalah antara 18 langkah baru dalam kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) bagi meningkatkan daya saing industri automotif tempatan serta menawarkan kenderaan lebih selamat, mesra alam dan berteknologi tinggi.
Sementara itu, pelajar, Mohd Khairul Zakaria, 22, bersetuju kerana ia adalah untuk keselamatan pengguna jalan raya.
“Peraturan ini wajar kerana faktor keselamatan harus diutamakan. Kenderaan terlalu uzur bukan saja membahayakan pemandu, malah pengguna jalan raya lain,” katanya. (BERITA HARIAN 30 Oktobe 09)
Cerita Kereta Episod 4, klik sini
Cerita Kereta Episod 4, klik sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Tuan,
BalasPadamSaya bersetuju dengan pelaksanaan verifikasi semula kenderaan lebih 15 tahun ke puspakom..Kalau di Jepun kereta boleh pakai 5 tahun ja..mcm tu dengan singapore..Kalau UK..kenderaan lama roadtax pulak mahal...so option kepada pengguna...mmg isu keprihatinan perlu diambil kira..tapi sampai bila mentaliti dan sikap rakyat utk teruskan bergantung harap kepada keprihatinan..Usaha lebih,bekerja lebih kuat utk terus survive...
Permasalahan prosedur akan berlaku penambahbaikkan dari masa ke semasa..paling penting adanya permulaan...adanya pembaharuan ke arah kebaikkan...
Setuju kalau percuma... kalau kena bayar... zalimnya kerajaan!
BalasPadamYang pakai kereta tua biasnya rakyat yang miskin... bagi pemilik kereta 'vintage' yang kaya-kaya dengar cerita ada peruntuk istimewa. :(
Tahun lepas saya tukar nama kereta, pergi Puspakom Taman Daya, Johor Bahru, kena tunggu lebih 3 jam di sana. Masa tu belum wajibkan pergi Puspakom kalau nak hidup cukai lagi. Januari nanti, katanya melibatkan lebih sejuta kenderaan, lagi lama kena tunggu.
BalasPadamJadi Puspakom kena bersedia sebelum nak laksana peraturan ni, jangan nanti menyusahkan orang ramai. Antaranya, Puspakom kena beroperasi 24 jam sehari bagi bandar besar seperti Johor Bahru dan kena buka Sabtu dan Ahad.
Kalau Puspakom mampu, tak salah untuk laksana peraturan ini. Tapi kalau tak mampu, lebih baik tangguhkan saja 2-3 tahun lagi.
Jika ianya untuk kebaikan rasanya semua setuju. Isunya berapa kos bayarannya. Tempoh masanya. Biasanya sekali masuk ke Puspakom itu bukanya murah, kena ke JPJ dulu & silap satu kes kecil; brek tak berfungsi baik umpamanya... kena bayar lagi!. Ini amat membebankan.
BalasPadamMungkin kerajaan memikirkan jalan terbaik, agar pengguna kereta lama ini tidak terbeban. Majoriti menyimpan kereta lama memang golongan berpendapatan rendah. Jika mampu nak berhutang pasti teringin kereta baru.