Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Oktober 2009

KARNIVAL SUKAN KLUANG


Ma Lin, pemain no. 1 dunia

Alhamdulillah, tadi selesai mesyuarat bersama wakil-wakil daerah mengenai Karnival Sukan Kluang yang saya pengerusikan. Kesemua 10 wakil  daerah hadir, menandakan sambutan yang baik dari semua pasukan.  Sukan ini tertutup kepada semua staf Jabatan Agama Johor sahaja.

BOWLING :
Pada 31 Oktober, jam 9 pagi. Setiap pasukan 8 orang sahaja. Setiap pasukan hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja.

PINGPONG:
Pada 1 Nov, jam 9 pagi. Setiap pasukan 3-5 pemain termasuk simpanan. Setiap perlawanan 3 perseorangan, bergu tiada. Setiap pemain hanya boleh bermain sekali sahaja. Setiap daerah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.

TAKRAW:
Pada 1 Nov, jam 9 pagi. Setiap pasukan 3-5 pemain termasuk simpanan. Setiap daerah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.


BOLA TAMPAR:
Pada 14 Nov, jam 9 pagi. Setiap pasukan 6-10 pemain termasuk simpanan. Setiap daerah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.

SUKAN-SUKAN LAIN:
Sukan lain akan dibincangkan kemudian dan belum ada ketetapan.

Mudah-mudahan dengan sukan ini dapat merapatkan persaudaraan di antara semua staf pejabat agama seluruh Johor. Untuk tujuan tersebut, Kluang menawarkan diri menganjurkan sukan ini. Bersama-samalah kita menjayakannya.

3 ulasan:

  1. Salam tuan..nampak gayanya peminat pingpong ni..pen holder ke?mcm Ma Lin...

    BalasPadam
  2. Yer, betul. Saya main ping pong penhold, cuma getah depan saja, Ma Lin ada getah belakang. Kalau nak ajak lawan dengan saya, boleh aturkan.

    BalasPadam
  3. tuan, bolasepak x buat ke?ramai kakitangan pej. kadi seluruh daerah amat menantikan....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.