27 Ogos 2013
Mak Ayah Restu Anak Bujang Nikah Dengan Janda 10 Tahun Lebih Tua
Sorang lelaki umur 23 tahun, masih bujang, bekerja di sebuah kilang bernikah dengan seorang janda anak 3 tahun. Sebelum pernikahan bermula, jurunikah tanya..... di manakah ibu dan bapa lelaki. Rupanya ibu dan bapanya duduk di belakang anak lelakinya sambil tersenyum menyahut soalan jurunikah tadi.
Beberapa hari lepas, saya tulis artikel cerita pasal mak ayah tak setuju anak bujang lelaki nikah dengan janda anak ramai, tapi kali ini lain pula ceritanya. Bukan itu saja, ada mak ayah tak mengaku anak dan menantu kalau tak ikut cakap mak ayah pasal calon isteri ini. . Nak tau cerita ini, klik sini .
Saya cerita ini, bukan apa, cuma nak beri masyarakat sedar dan keluar dari adat kebiasaan kita yang tak elok. Adat atau tradisi ini kalau bagus itu baguslah, tapi yang tak betul itu sepatutnya dikikis dalam masyarakat.
Berbalik pada cerita ini, lelaki ini anak kedua, umur 23, abangnya belum bernikah lagi tapi dia dulu bernikah. Pada saya apa salahnya sebab orang kata tak elok langkah bendul, abang kena lepas dulu. Ini adat yang tak betul tetapi dah diwarisi oleh orang kita. Perempuan ini umur 33 tahun sudah 4 tahun jadi janda dan membesarkan sendiri anak-anak.
Diceritakan yang suaminya tidak kisah pasal nafkah anak-anak 3 orang ini. Bagaimanapun wanita ini tabah dengan menjual makanan, kuih raya dan ambil upah menjahit, malah apa saja kerja yang dia termampu selama berstatus ibu tunggal. Akhirnya, dia bertemu dengan lelaki bujang pilihannya yang dia rasa dapat memimpinnya bersama anak-anaknya.
Masjid dan Surau Hendaklah Mesra Orang Kurang Upaya (OKU)
Hari ini saya mengeluarkan surat pekeliling kepada pengerusi seluruh masjid dan surau di daerah Kluang. Kandungannya adalah meminta setiap masjid tidak meminggirkan golongan OKU yang datang ke masjid. Saya menerima aduan mengenai beberapa masjid dan surau yang tidak menyediakan beberapa keperluan seperti tempat letak kereta, tempat wuduk serta tandas yang jauh, masjid yang bertangga serta sukar dan tempat solat yang tidak dikhaskan.
Oleh itu, saya minta semua masjid dan surau di daerah ini berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Antaranya menyediakan tempat letak kereta khas dan diletakkan tanda OKU, tempat solat di ruang belakang dikosongkan dengan diletakkan tanda OKU, membuat sambungan paip untuk wuduk lebih hampir dan sebagainya.
Mengenai tangga, kalau masjid dan surau masih dalam perancangan untuk dibina atau diubahsuai, eloklah tangga itu tidak terlalu curam sehingga menyukarkan jemaah yang uzur. Kalau masjid itu sudah dibina dan terpaksa menggunakan tangga, maka AJK masjid perlulah berusaha dan menggunakan kaedah untuk mengatasinya, contohnya menyediakan satu laluan khas yang tidak bertangga.
Masalah bagi orang kita pula, ada setengah letak kereta yang dah dikhaskan kepada OKU tapi orang bukan OKU pula yang letak. Tapi pada saya, kesedaran kepada orang kita dalah penting supaya kita bersimpati kepada golongan OKU ini. Diharapkan teguran ini dapat memberi kebaikan kepada semua jemaah yang datang ke masjid termasuk OKU dan orang yang uzur.
Mengenai tangga, kalau masjid dan surau masih dalam perancangan untuk dibina atau diubahsuai, eloklah tangga itu tidak terlalu curam sehingga menyukarkan jemaah yang uzur. Kalau masjid itu sudah dibina dan terpaksa menggunakan tangga, maka AJK masjid perlulah berusaha dan menggunakan kaedah untuk mengatasinya, contohnya menyediakan satu laluan khas yang tidak bertangga.
Masalah bagi orang kita pula, ada setengah letak kereta yang dah dikhaskan kepada OKU tapi orang bukan OKU pula yang letak. Tapi pada saya, kesedaran kepada orang kita dalah penting supaya kita bersimpati kepada golongan OKU ini. Diharapkan teguran ini dapat memberi kebaikan kepada semua jemaah yang datang ke masjid termasuk OKU dan orang yang uzur.
24 Ogos 2013
Bangla Bayar Janda 30 Ringgit Sekali Projek
Hari ini, akhbar memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri untuk menjalankan operasi besar-besaran kepada warga asing. Baguslah tu. Yang saya faham, sesiapa orang asing yang tak ada pasport atau tinggal lebih masa dari sepatutnya atau lain-lain kes imigresen, kena cekuplah. Kes-kes lain termasuk penglibatan warga asing dalam jenayah saya tak mahu ceritalah sebab saya tak berapa pakar nak cerita.
Tapi kes maksiat, banyak episod saya boleh cerita, pengalamanlah katakan. Bukan saya nak mengata sesiapa tetapi hakikatnya, peningkatan maksiat antaranya kerana orang asing.
Bangla Goda Wanita Tempatan
Suatu hari tu, penguatkuasa Jabatan Agama dapat aduan dari pengadu yang dah tentu dirahsiakan. Kalau tak dirahsiakan, bimbang kena sumbat kari dalam mulut dengan Bangla ler pengadu ni. Pengadu tu kata, di sebuah rumah kedai yang dijadikan hostel pekerja Bangla ada 9 orang lelaki Bangla. Katanya waktu itu datang seorang wanita ke hostel berkenaan. Pengadu minta dibuat pemeriksaan kalau-kalau berlaku kes maksiat di situ.
Maka tak lama lepas tu, penguatkuasa bertindaklah berdasarkan maklumat yang diterima tu. Sampai saja di lokasi, nampaknya pintu bawah rumah kedai itu tidak berkunci dan penguatkuasa dapat naik ke tingkat atas. Pintu rumah kedai itu pun tak kunci dan penguatkuasa dapat masuk ke dalam. Di ruang tamu itu ada banyak katil dan tilam serta barang lain kepunyaan Banglalah. Ada dua bilik yang berkunci dan penguatkuasa ketuk bilik pertama. Terus dibuka dari dalam dan didapati ada dua orang lelaki Bangla dalam bilik tu. Keadaannya macam baru bangun tido.
Penguatkuasa ketuk pula bilik satu lagi dan lambat dibuka sampai bergegar pintu itu diketuk dan hampir nak roboh. Maklumlah, pintu tu bukanlah kukuh sangat. Pintu kemudiannya dibuka dari dalam oleh lelaki Bangla 30-an dan didapati juga seorang perempuan umur 30-an. Terpinga-pinga Bangla ni macam cicak mabuk kapur bila dia tahu pihak berkuasa datang nak tangkap dia.
Bayar RM 30 Sekali Projek
Hasil soal siasat, lelaki Bangla ini kerja di sebuah kilang kayu, patutlah badan dia berketul macam batang ubi. Katanya dia bujang, tapi malah kita tahu kalau dia ada Minaci kat Bangla sana. Perempuan ini pula katanya dia janda anak dua dan tidak bekerja. Dia mengaku sudah beberapa kali datang ke bilik Bangla ini dengan mengenakan bayaran RM 30 sekali game. Bila ditanya, kenapa murah sangat 30 ringgit tu, dia kata, mula-mula dulu kenakan bayaran RM 50 tapi sekarang Bangla tu mintak diskaun, jadi bersetujulah dia dengan bayaran RM 30 tu.
Layan Ramai Ker? Nak Kawin Ker? Banyak Kali Ker?
Bila ditanya, ramai ke lelaki Bangla yang dia layan? Katanya, seorang saja iaitu 'Abang Sayang' dia tulah. Bila ditanya, nak kawin ker dengan Abang Laa tu, dia kata taknak kawin pun. Bila ditanya, dah banyak kali ker datang tempat Bangla tu, dia kata, taklah banyak kali, cuma 18 kali saja. Wahhhh...ingat dia yer 18 kali, entah-entah ada buku Tiga Lima kot yang dia catat setiap kali datang.
Kasi Hantar Balik Sama Ini Orang
Harap pihak berkuasa bertegas kepada orang asing yang terlibat dalam maksiat macam Bangla ini. Ini satu contoh cerita saja, banyak lagi cerita lain. Biar heboh ini cerita sampai itu Dhaka dan biar dia orang tahu tujuan datang sini mari Malaysia mahu kerja juga, bukan mahu kacau itu perempuan. Lama-lama kacau sini perempuan, ingat orang kita boleh sabar juga ker? Jangan sampai nanti jadi gaduh orang asing sama orang sini pasal perempuan. Sebab itu pihak berkuasa kena tegas dan jangan sampai orang kita ambil tindakan sendiri.
23 Ogos 2013
Mak Ayah Tak Restu Anak Nikah Dengan Janda Anak 4
Lelaki awal 30-an masih bujang mendapat tentangan keluarga apabila dia nak nikah dengan janda anak empat, umur lewat 30-an. Lebih menggemparkan, apabila mak ayah dia menuduh anaknya sudah kena bomoh dengan 'janda ilmu hitam' berkenaan. Alasa yang diberikan mak ayah dia adalah, sudah tidak adakah perempuan bujang dalam dunia ini sehingga mencari janda. Lagipun, janda yang dipilih lebih tua dari lelaki dan anak ramai.
Bagaimanapun, lelaki ini teruskan pernikahan juga di rumah keluarga perempuan. Selepas majlis pernikahan, lelaki ini berjanji untuk kembali rapat dengan keluarganya walaupun mak ayahnya terlalu marah kepada anaknya ini. Walaubagaimanapun, lelaki ini tetap bersedih kerana mak ayah dia tidak hadir dalam majlis pernikahannya yang bersejarah dalam hidupnya ini.
21 Ogos 2013
Syiah Di Johor: Lebih 1,000 Pengikut di Johor?
Jabatan Agama Johor (JAJ) mengesan kewujudan lebih 1,000 pengikut Syiah di negeri itu dengan kebanyakan mereka bergiat aktif di sekitar Johor Baharu dan Kluang. Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abd Mutalip Abd Rahim berkata JAJ sedang memantau pergerakan kumpulan itu bagi membendung penyebaran fahaman berkenaan.
"Di Johor Baharu, mereka dikesan di tiga markas iaitu di Larkin Perdana, Taman Daya dan Kampung Sungai Tiram," katanya menjawab soalan Dr Sheikh Ibrahim Salleh (PAS-Sungai Abong) pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Kota Iskandar, di sini Selasa.
Abd Mutalip berkata markas di Kampung Sungai Tiram dipercayai paling aktif manakala dua lagi markas tidak begitu aktif. Katanya sepanjang tahun lepas JAJ melaksanakan 18 pemantauan bagi membendung penyebaran fahaman Syiah.
"Di Johor Baharu, mereka dikesan di tiga markas iaitu di Larkin Perdana, Taman Daya dan Kampung Sungai Tiram," katanya menjawab soalan Dr Sheikh Ibrahim Salleh (PAS-Sungai Abong) pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-13, di Kota Iskandar, di sini Selasa.
Abd Mutalip berkata markas di Kampung Sungai Tiram dipercayai paling aktif manakala dua lagi markas tidak begitu aktif. Katanya sepanjang tahun lepas JAJ melaksanakan 18 pemantauan bagi membendung penyebaran fahaman Syiah.
....BERNAMA
Kemalangan Bas Paling Ngeri Di Genting, Karak
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang. Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.
Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan.Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.
20 Ogos 2013
Kes Rumahtangga Meningkat Masa Musim Perayaan?
Beberapa hari sebelum raya, hari raya dan selepas raya, saya banyak terima pertanyaan melalui FB dan email saya. Sibuk atau tak sibuk, saya jawab juga untuk bantu pengadu ini sebab kesian juga kepada orang yang bertanya ni. Mungkin juga pejabat agama dah tutup kerana cuti raya, maka ramai yang hubungi saya. Peningkatan soalan mengenai rumahtangga musim perayaan agak luar biasa juga.
Menceraikan Isteri
Paling tragis, ada beberapa kes melibatkan pertengkaran suami isteri yang membawa kepada lafaz cerai. Hampir kesemua kes, suami bukan berniat nak menceraikan tetapi dalam keadaan marah dan tertekan serta desakan kuat Mak Andeh dia. Dari kes ini, saya teliti lafaz yang diucapkan oleh suami dan ada yang saya kata, lafaz ini serius dan boleh membawa kepada jatuhnya talak. Bagaimanapun, saya kata, biarlah hakim mahkamah syariah yang mengesahkan, saya cuma beri khidmat nasihat. Saya minta pasangan ini segera melaporkan ke pejabat agama dan mahkamah syariah apabila pejabat dibuka nanti. Maknanya, pasangan ini berhari raya dalam keadaan yang tidak tenteram.
Saya tak mahu ulang lafaz yang dikatakan itu kerana yang tanya soalan itu saya yakin adalah pembaca blog saya ini. Dan kalau saya bincangkan kes dia di sini, mungkin dia akan terasa hati dengan saya. Punca bercerai serba sedikit ada kaitannya dengan perbalahan nak balik kampung suami atau isteri. Yang kesudahannya, masing-masing balik rumah masing-masing setelah bertukar kepada status duda dan janda kerana bercerai.
14 Ogos 2013
Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) Nikah Lagi Satu, Apa Komen?
Dalam tulisan saya terdahulu mengenai ilmu dan pengalaman yang saya dapat selepas baca buku tulisan Dr Zaharudin Abdul Rahman yang bertajuk 'Jangan Berhenti Berlari 'Klik Sini. Tidakkah Ustaz Zaharuddin terfikir untuk menulis buku bertajuk "Poligami Dalam Islam' selepas ini?
Sebelum ini, kita baca di media tempatan mengenai poligami beberapa tokoh atau personaliti terkenal tanahair seperti pelakon Salih Yakob (Komen Saya, klik sini) yang kawin isteri keempat, Ustaz Azhar Idrus dengan isteri ketiganya, pelakon Mohd Ashraf Muslim yang Saya Komen Di sini, klik sini dan lain-lain.
Seperti biasa masyarakat di negara kita terutama para isteri sering memberi komen negatif dan beremosi kalau berbicara soal poligami. (Maaf kalau ada sesiapa yang terasa yer, bergurau saja). Manakala para suami, takut nak sembang soal poligami kalau isteri dia dengar. Tapi kalau isteri dia tak ada, dialah orang paling hebat cerita pasal kawin dua, hehehe. Jadi, selepas ini, kalau Ustaz Zaharudin menulis buku berkisar tajuk poligami dalam Islam, sudah pasti laris di pasaran. Saya rasa, perkahwinan dengan isteri kedua atau poligami ini elok dibukukan untuk memberi gambaran poligami yang sebenar mengikut Islam.
Saya petik sedikit tulisan Ustaz Zaharuddin yang saya copy dari blog yang lain.
.....................................................
Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda
قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)
Justeru,
1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakn mengiktu neracaprosedur dan tatacara hukum Shariah.
3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka suami, isteri sedia ada dan yang baru. Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)
Justeru,
1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakn mengiktu neracaprosedur dan tatacara hukum Shariah.
3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka suami, isteri sedia ada dan yang baru. Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertnya cara kenal, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.
5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.
6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :
a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.
6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :
a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.
c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.
d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.
e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.
f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.
g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.
h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.
i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi
k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.
l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.
‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.
Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.
Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.
Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.
Padamlah gambar-gambar yang disebarkan dan disensaikan tanpa izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
6 Syawwal 1434
09 Ogos 2013
Kes Cerai Aidil Zafuan dan Rita Rudaini (Episod 2)
Di dalam blog Aidil Zafuan 'Klik sini' adalah tulisan dan luahan hati pemain bolasepak Johor DT berkenaan. Biasalah, dia pemain bolasepak terkenal manakala Rita Rudaini pula dulu pernah jadi pelakon terkenal, maka mereka jadi tumpuan media. Rumahtangga orang lain pun ada bergolak dan bercerai juga, tapi setakat orang biasa-biasa, media tak minat pun.
Nasihat saya pada Aidil Zafuan dan Rita Ridaini supaya tidak mengeluarkan kenyataan kepada media atau media sosial kerana boleh mengganggu perbicaraan di mahkamah. Ganggu macam mana? Mungkin kita tidak perasan atau tak sedar. Sebenarnya, apa yang media tulis dan yang kita tulis itu boleh dijadikan hujah oleh pihak yang satu lagi. Apa lagi kenyataan kita kepada media itu bukan atas nasihat peguam kita, maka lebih baik mengunci mulut saja. Kalau nak buat kenyataan pada media pun, tungguah selepas mahkamah sahkan jatuk talak atau tidak nanti.
Cerai Luar Mahkamah Adalah Satu Kesalahan
Awal-awal saya nak beritahu, bahawa perceraian di luar mahkamah adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah syariah. Hukumannya adalah denda sehingga RM 1,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Yang kena dakwa hanyalah suami yang melafazkan, isteri tak kena. Apa-apa hal, sebelum kena dakwa, perceraian tersebut hendaklah terlebih dahulu disahkan oleh mahkamah. Kalau sabit cerai, barulah lelaki kena dakwa. Kalau tak sabit, tak ler kena dakwa.
Jadi, kalau pasangan yang berhasrat bercerai, kenalah mendaftar ke mahkamah syariah. Dalam mahkamah, suami boleh lafazkan cerai di hadapan hakim, itu baru betul. Bukan setakat lafaz cerai secara sorih dan kinayah saja kena dakwa, lafaz taklik pun boleh kena dakwa. Contohnya seorang suami kata pada isteri dia berbunyi begini.
"Kalau saya kentut saja, jatuhlah talak satu". Kata suami pada isteri dia dalam kereta.
Sejam lepas tu, suami terkentut. Tak kiralah kentut berbunyi 'bus bus' atau tak berbunyi, ada bau atau tak ada bau, perceraian tetap jatuh. Selepas mahkamah mengesahkan perceraian secara taklik ini, lelaki boleh didakwa kerana kesalahan melafazkan cerai di luar mahkamah iaitu di dalam kereta.
Di Mahkamah Mana?
Bila kes akan dibicakan di mahkamah? Saya pun tak tahu dan media yang melaporkan berita berkenaan pun tak sebut. Di mahkamah mana? Johor? Perlis? Kuala Lumpur? Selangor? Mungkin Johor sebab mungkin Aidil berada di Johor sebab dia pemain bolasepak Johor DT. Mungkin Perlis sebab setahu saya Rita itu kelahiran Perlis. Mungkin juga Selangor atau KL, entah-entah mereka duduk di sana. Sebenarnya, tempat perbicaraan tak jadi masalah. Yang penting, mahkamah syariah mana tempat mereka laporkan perceraian mereka, di situlah perbicaraan akan dijalankan. Ada juga orang tak tahu, dia ingat hanya boleh laporkan di tempat dia nikah saja. Ada seorang tu, duduk di Johor tapi dulu nikah di Sabah, sekarang dah tidak duduk Sabah. Dia ingat dia kena pegi Sabah, sebenarnya tidak.
Siapa Yang Buat Laporan
Saya pun tak jelas siapa yang buat laporan ke mahkamah sama ada Aidil atau Rita. Tapi kalau saya baca melalui media, saya rasa Rita yang lapor. Tapi adakah dia sekadar lapor kepada media sahaja? Kalau gitu, nampaknya tiada isu cerai di sini. Saya rasa dia sudah atau akan buat laporan di mahkamah syariah. Saya rasa juga, Rita bukan sendirian. Saya rasa dia ada peguam yang dia lantik dan peguam berkenaan tentulah orang yang berpengalaman.
Jangan Buang SMS
Kalaulah Rita yang terima SMS, kena simpanlah SMS itu sehingga memberi keterangan di mahkamah. Ingat, jangan buang SMS berkenaan. Kalau buang, maknanya dia telah membuang satu bukti yang amat diperlukan. Janganlah pulak pergi beli Samsung baru. Nanti SMS boleh hilang.
Episod 3, Klik Sini
Episod 3, Klik Sini
08 Ogos 2013
Blog Kadikluang Mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca setia Blog Kadikluang. Mohon maaf sekiranya selama menjadi penulis blog lebih 4 tahun ini ada tersalah silap atau terkasar bahasa di dalam penulisan saya. Saya akui, bukan semua pandangan atau idea saya diterima dengan baik oleh pembaca, tetapi saya tetap mengekalkan tulisan yang bebas dan terbuka di dalam blog saya. Kepada peminat setia novel Sudah Nasibku Mat Burger harap terus memberikan sokongan terhadap novel ini. Untuk pengetahuan, saya telah ditawarkan untuk menerbitkan buku oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan saya masih memikirkan tawaran tersebut.
Semoga Ramadhan yang kita baru lalui menjadi pemangkin ke arah kekuatan perpaduan umat Islam dan menambahkan ketaqwaan kepada kita semua. Jadikan Syawal untuk mempereratkan hubungan sesama Islam melalui ziarah. Berhati-hari selalu di jalanraya pada musim perayaan kerana kemalangan meningkat berkali ganda. Hati-hati dengan keselamatan rumah kediaman dan jangan beri ruang kepada pencuri. Kejadian yang baru berlaku semalam di rumah kawan saya dimasuki pencuri bersenjata pisau sewaktu sedang tidur. Kejadian sebelum ini, pencuri mengambil kesempatan di rumah yang banyak kereta di rumah ibubapa yang anaknya balik kampung. Mangsa diacu parang dan diikat. Pastikan rumah berkunci dengan baik sebelum tidur.
Salah seorang ulama, Harb mengatakan, “Imam Ahmad pernah ditanya mengenai apa yang mesti diucapkan di hari raya ‘ied (‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha), apakah dengan ucapan, ‘Taqobbalallahu minna wa minkum’?” Imam Ahmad menjawab, “Tidak mengapa mengucapkan seperti itu.” Kisah tadi diriwayatkan oleh penduduk Syam dari Abu Umamah.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
SELAMAT HARI RAYA.
06 Ogos 2013
Betulkah Pemain Bolasepak Aidil Zakuan dan Pelakon Rita Rudaini Bercerai? (Episod 1)
Media tempatan melaporkan, pelakon drama terkenal, Rita Rudaini dikatakan telah diceraikan oleh suaminya, yang juga pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak melalui SMS, beberapa hari lepas. Menurut akhbar tersebut, Aidil telah menghantar SMS kepada Rita berbunyi....
"Aku ceraikan kau talak satu."
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
"Aku ceraikan kau talak satu."
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Tunggulah Keputusan Mahkamah
Okey, yang saya lihat, akhbar telah melaporkan seolah-olah perceraian telah berlaku. Pada saya, kita tidak boleh mengatakan perceraian sudah berlaku selagi mahkamah tidak mengeluarkan perintah mahkamah secara bertulis. Dalam perintah mahkamah itu nanti akan dinyatakan sama ada sah atau tidak perceraian itu.
Kedua, berapakah jumlah talak yang jatuh sekiranya jatuh talak. Ketiga, bilakah tarikh sebenar jatuhnya talak sekiranya jatuh. Keempat, tempoh edah sekiranya jatuh talak. Kelima, perintah-perintah lain sekiranya ada. Kita elakkan dari menjadi hakim dalam isu ini selagi hakim tidak memutuskannya.
Isu Cerai SMS
Lafaz cerai ada dua iaitu pertama lafaz sorih iaitu lafaz yang jelas dengan menyebut perkataan 'cerai' atau 'talak' dalam perkataan tersebut. Kedua, lafaz kinayah iaitu sindiran atau yang kurang jelas seperti menyebut perkataan selain cerai atau talak tetapi membawa maksud sedemikian. Dalam lafaz kedua iaitu kinayah ini, niat dari suami adalah diperlukan iaitu niat hendak menceraikan. Kalau niat yang lain, maka talak tidak jatuh.
Tidak kira dalam bentuk apa sama ada cakap berdepan, perantaraan, SMS, telefon, email, whataps, facebook, dan lain-lain, masih boleh dikira sebagai lafaz talak. Bagaimanapun, kebanyakan hakim mahkamah meletakkan lafaz SMS sebagai kinayah dan bukan sorih. Sebelum memutuskan, hakim begitu teliti mengenai teknologi SMS termasuk jenis telefon, nombor telefon, lokasi penghantar dan penerima dan lain-lain. Niat juga perlu dalam kes ini sama ada berniat menceraikan atau tidak.
Kita juga jangan terkejut sekiranya ada hakim yang menolak cerai secara SMS ini dengan alasan tertentu. Antara alasannya, cerai perlukan lafaz dan SMS bukanlah lafaz. Atau, cerai SMS jadi sah sekiranya sambil menghantar sms itu, sambil itu mulutnya turut melafazkan apa yang ditulis itu.
Bagaimana Kalau Terjadi?
Apa yang saya nak cerita di sini, bukanlah satu kes Aidil dan Rita sahaja, tetapi banyak juga kes lain yang berlaku. Ramai juga yang tidak tahu hak mereka dari segi undang-undang syariah. Pesan saya, kalau ada seorang isteri yang diceraikan, hendaklah dia segera datang ke pejabat agama atau mahkamah syariah untuk merujuk kes ini. Kepada suami yang melafazkan juga boleh datang untuk membuat aduan. Dan lebih baik lagi kalau datang berdua suami dan isteri. Sila bawa sijil nikah dan kad pengenalan.
Di pejabat agama, kita akan tapis dulu setiap kes terutama lafaz yang telah dilafazkan. Sekiranya kes itu kuat dan ada lebih kepada perceraian, pejabat agama menasihatkan supaya bawa segera kes ini ke mahkamah syariah. Malah banyak juga orang yang datang mengadu, rupanya tidak pun jatuh talak setelah mengkaji lafaznya, niatnya dan lain-lain lagi.
Episod 2,klik sini
Kita juga jangan terkejut sekiranya ada hakim yang menolak cerai secara SMS ini dengan alasan tertentu. Antara alasannya, cerai perlukan lafaz dan SMS bukanlah lafaz. Atau, cerai SMS jadi sah sekiranya sambil menghantar sms itu, sambil itu mulutnya turut melafazkan apa yang ditulis itu.
Bagaimana Kalau Terjadi?
Apa yang saya nak cerita di sini, bukanlah satu kes Aidil dan Rita sahaja, tetapi banyak juga kes lain yang berlaku. Ramai juga yang tidak tahu hak mereka dari segi undang-undang syariah. Pesan saya, kalau ada seorang isteri yang diceraikan, hendaklah dia segera datang ke pejabat agama atau mahkamah syariah untuk merujuk kes ini. Kepada suami yang melafazkan juga boleh datang untuk membuat aduan. Dan lebih baik lagi kalau datang berdua suami dan isteri. Sila bawa sijil nikah dan kad pengenalan.
Di pejabat agama, kita akan tapis dulu setiap kes terutama lafaz yang telah dilafazkan. Sekiranya kes itu kuat dan ada lebih kepada perceraian, pejabat agama menasihatkan supaya bawa segera kes ini ke mahkamah syariah. Malah banyak juga orang yang datang mengadu, rupanya tidak pun jatuh talak setelah mengkaji lafaznya, niatnya dan lain-lain lagi.
Episod 2,klik sini
05 Ogos 2013
Suami Terlantar Sakit, Isteri Nak Mintak Cerai
Lelaki ini awal 50-an dulu kira orang senang, berniaga dan jadi kontrakter yang dapat projek-projek. Tapi sejak setahun ini dia terlantar sakit di rumah selepas diserang sakit angin ahmar. Keadaan kesihatannya beransur pulih tetapi tidak boleh berjalan kuat-kuat, nak bawa kereta lagilah tak boleh. Dalam keadaan sakit ini, suami banyak bergantung kepada isteri termasuk sediakan makanan, pimpin bila berjalan termasuk ke tandas dan lain-lain.
Isteri umur 40-an bekerja di sebuah syarikat dengan gaji agak besar juga. Muka isteri pun masih cantik dan jaga penampilan dengan pakaian ikut fesyen terkini. Perkahwinan mereka dikurniakan 4 orang anak yang dah besar. Akhirnya, isteri datang ke pejabat agama untuk meminta cerai dengan membawa pelbagai cerita. Antaranya kerana suami dia gagal memberikan nafkah yang sepatutnya. Sekali fikir, dengan keadaan suami yang sakit macam ni, mana mungkin suami dia dapat bekerja dan ada duit banyak macam dulu.
04 Ogos 2013
Bersama Kelab Pemilik Toyata Wish Johor (Cerita Kereta Episod 26)
Semalam saya bersama YB Abdul Mutalib bin Abdul Rahim, Exco Agama Negeri Johor di Masjid Layang-layang Kluang dalam program penyerahan bantuan fakir miskin dan berbuka puasa. Yang menariknya, program turut disertai Kelab Pemilik Toyota Wish Johor. Bila masuk sahaja di perkarangan masjid, ada lebih 60 biji kereta Wish. Kelab ini sudah beberapa tahun ditubuhkan dan setiap Ramadhan mereka mengadakan ziarah ke masjid-masjid dan menyampaikan bantuan kepada fakir miskin. YB Abdul Mutalib juga adalah ahli kelab ini sewaktu beliau menjadi Kadi di Segamat lagi.
Dalam ucapan saya semalam, sambil bergurau, saya kata saya tak boleh masuk kelab ini sebab saya tak ada Toyota Wish. Kereta saya sekarang Peugeot 407. Saya kata, Peugeot 407 saya tak jumpa lagi kelab kat Johor ini. Peugeot saya tak ler semahal Wish, malah separuh dari harga secondhand Wish tu harga kereta saya. Dan memang susahlah kalau nak buat kelab sebab tak ramai orang pakai. Setakat ini di Kluang, rasanya saya seorang saja orang Melayu yang pakai kereta ini. Tapi kalau ada orang Melayu yang pakai, boleh le kita sembang-sembang.
Apa-apa pun, saya puji kelab Wish ini kerana banyak program keagaamaan dan amal kebajikan yang dia buat. Maka ini boleh jadi contoh kepada kelab-kelab kereta lain kalau nak berkongsi pengalaman.
Baca Cerita Pasal Kereta Dari Episod 1, klik sini
Baca Cerita Pasal Kereta Dari Episod 1, klik sini
03 Ogos 2013
Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 74)
Man terus mengetuk pintu bilik Syira dengan kuat. Syira ketakutan dan terus menangis teresak-esak di atas katil sambil menekapkan mukanya dengan bantal. Syira jadi takut sekiranya pintu bilik yang tak berapa kukuh itu terbuka, sudah tentu Man akan memukul Syira semahunya, fikir Syira.
"Hoi... Perempuan sial. Keluar kau sekarang!" Teriak Man.
(Tulisan ini telah dikeluarkan dari blog ini kerana telah terbit novel bertajuk 'Cinta Mat Burger'. Boleh didapati di Kedai Buku Popular seluruh negara dengan harga RM23.90. Boleh juga dapat dari saya dengan harga RM30.00 termasuk kos poslaju. Hubungi saya : 0197526122 whataps)
01 Ogos 2013
Pergerakan Balik Cuti Raya Bermula Esok, Jumaat
Nampaknya banyak sekolah dah last sekolah esok. Tersenyum lebar cikgu dan cikgu serta pelajar sekolah. Tapi dengar cerita, ada juga sekolah yang masih sekolah Isnin. Maka bermulalah orang ramai balik Raya di kampung esok, Jumaat. Kalau nak ikut, raya lambat lagi, Khamis jangkanya. Nampaknya dapatlah berpuasa di kampung beberapa hari lagi. Sebenarnya memang seronok berpuasa dan bersahur kat kampung lebih lagi yang masih ada ibu bapa. Tarawih kat kampung yang bestnya, ada moreh yang biasa orang kampung hantar setiap malam, bandar susah nak jumpa.
Kenderaan di lebuhraya dan jalanraya biasa mesti banyak dan sesak. Maka pandai-pandai ler bagi masa dan hari, bila nak balik kampung. Oleh kerana masih jauh lagi raya, boleh ler rancang. Pernah dulu beberapa tahun lepas, pihak berkuasa beri panduan atau jadual, kena balik hari ini kalau kita dari sini dan sebagainya. Tapi hanya sekadar nasihat, orang kita tak ikut pun.
Kemalangan Meningkat
Teringat saya beberapa kemalangan ngeri musim perayaan antaranya bas ekspres kemalangan sehingga mengorbankan ramai penumpang. Begitu juga satu keluarga dari Johor Bahru maut selepas keretanya melanggar belakang lori berhenti di lebuhraya dekat dengan Bangi selepas bersahur di R&R. Apa-apa pun, sebagai pemandu kena beringat selalu. Jangan dok pasang lagu raya kuat-kuat atau berlumba nak sampai kampung.
Nak laju, tengoklah tempat, yang penting kita tahu keupayaan kereta kita macam mana. Kalau dah kereta mahal dan laju, takkanlah bawah slow, mestilah laju. Saya pun bawak laju, tapi tengok tempat juga. Janganlah banyak sangat potong kiri dan potong garis berkembar. Agak-agak ler yer, kalau rasa line clear dan selamat. Nanti tak larat nak bayar saman.
Sepuluh Terakhir Ramadhan
Balik kampung tu balik kampung juga yer....Yang paling penting, ibadah kita pada 10 terakhir Ramadhan, bagaimana ibadat kita ? Inilah malam yang Allah janjikan dengan gandaan pahala melebihi 1000 bulan. Bukan menyamai 1000 bulan yer, tapi melebihi. Ramadhan berlalu, soalnya adakah kita masih ada umur lagi pada Ramadhan tahun depan? Atau kita sudah menjadi penghuni kubur yang sempit, gelap dan tidak ada wifi internet di sana.
Zakat Fitrah dan Zakat Harta
Zakat Fitrah juga jangan lupa yang afdalnya bayar kat tempat kita mencari rezeki. Kalau Johor ini tahun RM8 atau RM5 seorang. Dari segi kesempurnaan puasa kita tergantung sekiranya kita tidak menunaikan zakat fitrah.
Zakat Harta juga untuk tahun ini dah dijelaskan ker ? Kalau belum, bayarlah segera. Kaunter MAIJ dibuka setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadhan. Nak diberitahu yang zakat harta disyaratkan 'Haul' atau genap setahun hijrah. Maknanya bukan semestinya kita kena bayar pada bulan Ramadhan kalau haul kita kena pada bulan yang lain. Tapi kita rebutlah peluang berzakat pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Nak beritahu, kadar nisab atau had minimun zakat harta di negeri Johor sekarang adalah RM 11,668.00 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).
SELAMAT BALIK KAMPUNG
31 Julai 2013
Tak Baik Menipu Pembeli, Naikkan Harga Hujung Ramadhan
Tadi saya ke sebuah Bazar Ramadhan dan beli beberapa makanan. Yang terakhir sekali, saya berhenti di sebuah gerai jual sejenis makanan ni. Saya sebelum ini sudah 3-4 kali juga beli benda yang sama di gerai itu dengan harga RM 2. Tapi kali ini, selepas makanan itu dibungkus, dia kata harganya RM 3. Saya cakap pada lelaki lingkungan umur 20-an atau 30-an ini. Tiada tanda harga diletakkan, dulu ada harga RM2 dipamerkan.
"Dik... Sebelum ini dah banyak kali saya beli harga 2 ringgit, kenapa hari ni 3 ringgit?" Tanya saya spontan. Sambil tu saya hulurkan duit RM 3 pada dia. Yer ler, jangan nanti dia kata saya berkira sangat dengan harga RM1 perbezaan itu.
"Tak abang, itu tempat lain. Yang ini memang harga 3 ringgit" Kata lelaki itu.
"Dik...Saya dah banyak kali juga beli kat sini, tapi harganya 2 ringgit kan". Kata saya dan lelaki itu tersipu-sipu. Nampak dia macam malu dan tak terkata apa.
"Okeylah dik, terima kasih yer" Kata saya. Terus saya jalan selepas beli.
Dengar Perbualan
Saya ke kedai sebelah sana dan tak lama lepas tu saya patah balik lalu depan gerai tadi. Saya dengar perbualan lelaki ini dengan wanita berumur, mungkin emak dia.
"Kenapa orang tadi kata harga macam ni?" Tanya mak dia.
"Tak mak... ini lain. Ini saiz sama tapi letak (XYZ) lebih". Kata lelaki itu.
Saya dengar saja dah tak menoleh pun. Dalam hati saya, memang sengaja dia naikkan harga bila dah hujung ramadhan ni. Harap lepas ini peniaga terutama untuk orang berbuka ini, terbuka hati dia. Berniaga ini satu ibadat, nak bantu orang, bukan nak menipu dan nak untung saja. Tengoklah nanti, walaupun mereka dapat banyak duit, tapi lihatlah nanti di mana keberkatannya harta yang diperolehi. Dah banyak cerita pasal orang yang dapat duit yang tak berkat yang kesudahannya tidak ke mana juga duit itu.
Jangan Terlepas Pandang
Saya lihat semakin hujung ramadhan, penguatkuasaan dari pihak berkuasa makin longgar. Minta maaf, bukan saya nak salahkan atau perkecilkan pihak berkuasa kita. Tapi mungkin mereka banyak keutamaan tugas, bersimpati dengan peniaga atau terlepas pandang. Soal tanda harga memang disyaratkan di dalam lesen berniaga di bazar, tapi nampaknya semakin banyak gerai yang tak ada tanda harga. Kalau ada pun, bukan keseluruhan makanan ada harga, sebahagiannya saja. Contohnya jual 8 jenis makanan, yang ada harga cuma 2 makanan saja. Pada saya, walaupun dah penghujung ramadhan, penguatkuasaan perlulah berjalan terus.
Teguran saya ikhlas bukan nak salahkan pihak lain. Bukan semua peniaga bazar ramadhan yang sebegini, malah kebanyakan mereka berniaga dengan ikhlas. Tapi oleh kerana seorang dua buat hal begini, maka boleh memberi gambaran yang tidak baik kepada peniaga lain.
Peraturan yang ditetapkan adalah untuk melindungi pembeli, tetapi ramai lagi pembeli yang berpendapatan rendah dan ala kadar saja turut terpedaya. Dalam kes tadi, kalaulah diletakkan harga RM 3 pada makanan itu, sudah tentu saya pergi ke gerai lain yang harganya lebih murah atau lebih berkualiti lagi. Berapa ramai yang terkena ?
Servis Kereta
Seorang kawan saya tadi servis kereta iaitu tukar minyak hitam dan oil filter. Minyak dan oil filter dia bawa sendiri. Bayaran yang dikenakan adalah RM 30. Sepatutnya kalau saya, harganya RM 10 atau paling mahal pun RM 15 sahaja. Seorang lagi kawan saya ganti minyak gear dan plak, kena upah RM 45. Harga yang sepatutnya hari biasa adalah sekitar RM 30, itupun ada kedai yang kasi harga lebih murah lagi.
Jadi peniaga suka letak harga lebih tinggi kerana nak untung lebih. Kebanyakan kereta kena servis untuk jalan jauh balik Raya nanti. Jadi, pada pemilik kereta, saya ingatkan, tanya dulu upahnya berapa, jangan main buat saja. Kalau rasa mahal, pergilah kedai lain, beri pengajaran pada peniaga macam ni.
Bercerai Kerana Lelaki Kaki Nombor Ekor
Hari ini saya menerima beberapa surat pengesahan cerai dari Mahkamah Syariah. Lebih kurang 10 kes yang dibicarakan, kebanyakannya pasangan berusia muda. Umur paling tinggi 38 tahun, paling rendah 21 tahun yang saya nampak dalam surat tu. Saya tertarik dengan satu kes perceraian yang sudah disahkan oleh mahkamah iaitu perceraian secara taklik yang Hakim mengesahkan jatuh talak satu.
Kaki Caii Nombor
Lelaki ini umur akhir awal 30-an kerja swasta dikatakan selalu berbalah dengan isterinya lewat 20-an, tidak bekerja. Punca pertengkaran dikatakan kerana sikap si suami yang selalu beli nombor ekor sehingga mengabaikan nafkah anak dan isteri. Dikatakan si suami sudah ketagih main nombor ekor ini sejak belum berkahwin lagi, sehinggalah dikurniakan 2 orang anak. Setiap kali isteri menegur, akan jadi pertengkaran yang dahsyat, sehinggalah satu hari itu keluar perkataan dari mulut suami iaitu,
"Kalau awak jumpa slip nombor ekor dalam rumah ini, jatuh talak". Kata suami dalam keadaan marah dan mengugut isterinya supaya jangan menegurnya lagi.
Tak berapa lama lepas itu, si isteri menyelongkar dalam almari baju dan menemui beberapa helai slip nombor ekor. Sebenarnya memang si isteri dah tahu tempat suami simpan nombor itu. Si isteri kemudian mengadu kes ini kepada bapanya dan bapanya mencadangkan supaya diadukan kes ini ke pejabat agama dan mahkamah syariah. Hakim akhirnya mengesahkan jatuh talak satu.
30 Julai 2013
Objek Misteri 'Orang Rukuk' Sempat Dirakam, Kejadian Dalam Bulan Ramadhan
Kehadiran objek seperti cahaya datang dari dahan pokok di hadapan rumahnya dianggap sebagai satu rahmat pada bulan puasa dan memberi keinsafan dalam diri apabila ia menjelma sebelum subuh, kelmarin di Kota Bharu, Kelantan.
Irfan Mat Daud, 47 dari Kampung Chekok Tengah, Jalan Rambutan Rendang, di sini berkata, objek tersebut dilihatnya kira-kira jam 4.30 pagi semasa dia bangun untuk bersahur.
“Saya pulang dari kerja pembersihan kira-kira jam 4 pagi dalam keadaan hujan rintik dan cukup sejuk pagi itu, malah lebih menghairankan, pokok-pokok dilihat ‘menunduk’ dan layu, muncul seketika sahaja.
“Selepas berada di dalam rumah, saya menyelesaikan solat hajat kerana berasakan malam tersebut sangat pelik. Kemudian, saya rasa mahu mengambil gambar di luar rumah apabila melihat pokok seperti kelayuan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Irfan berkata, dia melihat terdapat satu objek putih yang dilihat dengan mata kasar seperti kapas yang sedikit bergerak dan dia tertarik untuk merakam gambar objek berkenaan dan apabila dilihat melalui rakamannya, ia seperti orang rukuk dalam solat.
Kata Irfan, dengan rakaman gambar yang dilakukannya, dia menanyakan hal tersebut kepada beberapa ustaz yang dikenali dan rata-rata mereka mengatakan ia satu rahmat dari ALLAH dan memberi keinsafan kepada saya serta keluarga untuk melipat gandakan amalan pada bulan mulia ini.
Katanya, perkara itu dianggap satu perkara baik dan berharap ia mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada semua umat Islam.
Kursus Pra Perkahwinan Hujung Minggu Ni
Kepada sesiapa yang berminat mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di Pejabat Kadi Kluang pada 3-4 Ogos ini, Sabtu dan Ahad, sila daftar segera. Kursus dimulakan jam 8.00 pagi Sabtu. Bayaran kursus hanya RM 100 pada bulan Ramadhan, kebiasaannya RM 120.
Sila daftar segera melalui mana-mana pegawai atau kakitangan Pejabat Kadi Kluang atau berdaftar dengan saya melalui email kadikluang@yahoo.com . Kursus terhad kepada 100 peserta sahaja.
29 Julai 2013
Jangan Berhenti Berlari: Buku Tulisan Dr Zaharudin Abdul Rahman
Dalam perjalanan saya Sabtu lepas dari Batu Pahat ke Kluang selepas menyampaikan ceramah, saya singgah di sebuah kedai buku di Parit Raja. Saya jumpa satu buku tulisan Zaharuddin Abdul Rahman yang bertajuk 'Jangan Berhenti Berlari', buku setebal 431 mukasurat. Saya baca sedikit sisi kandungannya di kedai itu.
Tahulah saya, ini buku kisah peribadi Zaharudin merantau ke negara orang. Sempat saya baca di kedai itu kisah beliau di Jerman yang terkenal dengan Negara pengeluar kereta dunia. Diceritakan dalam buku itu, lebuhraya di Jerman ada yang tidak mempunyai had laju. Jika kita memandu di lebuhraya itu, kita boleh pandu selaju mana kita mahu.
Nama ini tidak asing lagi di negara kita. Beliau seorang tokoh yang banyak membicarakan mengenai isu-isu 'Fiqh Kontemporari' seperti perbankan Islam, Jualan Lansung (MLM), insuran, selain ibadah dan mualamat.
Pengalaman Menarik
Semasa saya menulis artikel ini, saya sudah habiskan separuh dari buku ini dalam masa 3 hari. Seronok saya baca buku ini terutama pengalaman beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di Jordan sedangkan ijazah beliau adalah universiti tempatan. Jarang sekali kita jumpa seorang yang ijazah tempatan boleh buat Master ke Negara Arab yang menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya.
Phd di UK
Kemudian Zaharudin buat Phd di UK. Persoalan juga pada kita dan jarang orang buat. Ijazah pertama di Malaysia guna Bahasa Melayu, Master di Jordan guna Bahasa Arab kemudian Phd di UK guna Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, Zaharudin berjaya dengan cemerlangnya di Jordan dan UK. Bila saya baca buku ini, saya sendiri datang semangat bahawa kita perlu mengejar ilmu pengetahuan selagi kita ada umur. Pada saya yang dah lama meninggalkan dunia universiti ini, rasa ada juga terlintas untuk ke universiti semula.
Oleh kerana kekangan kerja dan tanggungjawab saya, sebenarnya universiti yang saya maksudkan itu bukanlah hendak melanjutkan pelajaran lagi. Tapi, rasa minat dan keazaman untuk menggali dan menambah ilmu dengan banyakkan membaca buku. Sekarang sudah ada tokoh agama yang tidak ada sijil tinggi dari universiti untuk ditayangkan, tapi ilmu mereka cukup tinggi sehingga mengalahkan orang yang bertaraf profesor. Ada juga sekadar sekolah menengah agama, tapi lepas itu dia rajin membaca dan mendengar orang mengajar. Orang ini sebenarnya lebih tinggi ilmunya dari orang yang ada sijil sana sini. Ada orang itu setakat belajar sekolah pondok saja atau berguru dengan datang ke rumah guru saja, tapi ilmu mereka cukup tinggi. Untuk berjaya, perlu berusaha walau pada zahirnya nampak sangat payah tetapi berkat usaha, kejayaan menanti kita.
Oleh kerana kekangan kerja dan tanggungjawab saya, sebenarnya universiti yang saya maksudkan itu bukanlah hendak melanjutkan pelajaran lagi. Tapi, rasa minat dan keazaman untuk menggali dan menambah ilmu dengan banyakkan membaca buku. Sekarang sudah ada tokoh agama yang tidak ada sijil tinggi dari universiti untuk ditayangkan, tapi ilmu mereka cukup tinggi sehingga mengalahkan orang yang bertaraf profesor. Ada juga sekadar sekolah menengah agama, tapi lepas itu dia rajin membaca dan mendengar orang mengajar. Orang ini sebenarnya lebih tinggi ilmunya dari orang yang ada sijil sana sini. Ada orang itu setakat belajar sekolah pondok saja atau berguru dengan datang ke rumah guru saja, tapi ilmu mereka cukup tinggi. Untuk berjaya, perlu berusaha walau pada zahirnya nampak sangat payah tetapi berkat usaha, kejayaan menanti kita.
Merantau ke Negara-negara
Dalam buku ini diceritakan pengalaman Zaharudin merantau ke beberapa Negara Arab, Afrika Utara dan Eropah semasa beliau di sana. Banyak isu yang bersangkutan dengan umat Islam disentuh oleh penulis, antaranya perbezaan mazhab dan adat kebiasaan orang Islam di sana. Diceritakan, di sebuah Negara Eropah, masjid di sana baca khutbah Jumaat sebelum waktunya. Soalnya, adakah sah solat Jumaat kita ?
Kalau orang Johor tanya saya, sahkah di negara kita kalau pak imam baca khutbah Jumaat sebelum waktunya, pasti saya kata tidak sah solatnya. Tapi, adakah mana-mana mazhab yang mengharuskannya ? Memang menarik kita baca kupasan Ustaz Zaharudin dalam isu ini.
Anak Dara Maghribi Senang Nak Kawin Lelaki Malaysia
Diceritakan juga kisah penulis melawat Manghribi. Yang saya seronok baca, katanya anak dara Maghribi mudah berkahwin dengan orang luar terutama Malaysia dan mereka hormati orang kita. Katanya tak kisah juga kalau jadi isteri kedua, hehe. Ada seorang kawan sekelas saya dulu belajar di Maghribi, katanya gadis sana cantik-cantik. Jadi, nak tau betul ke tidak, masukkan le negara Maghribi kalau melawat negara-negara belah sana.
Salji Melumpuhkan UK
Diceritakan dalam buku ini, UK dilanda salji besar sehingga melumpuhkan negara tersebut. Macam kelakar juga, kerana negara mereka selalu kita tengok kat TV selalu dilanda salji. Peliknya, ramai bijak pandai dan pakar yang kalah dengan salji. Setinggi mana ilmu mereka, sajli pun mereka tak tahu nak atasi. Sehingga ekonomi dan sosial negara tersebut lumpuh sepenuhnya kerana sajli ini. Inilah kekuasaan Allah Taala untuk kita terus memikirkan kekuasaan Allah sebagai yang Maha Besar.
Buku setebal ini terjual di kedai dengan harga RM 35 dan saya dapat diskaun 10 persen lagi. Pada saya, ilmu yang saya dapat dengan membaca buku ini lebih tinggi nilainya. Insyaallah, saya cuba tamatkan pembacaan buku ini beberapa hari lagi.
SELAMAT MEMBACA.
Episod Kedua Mengenai Ustaz Zaharudin Berpoligami, klik sini
Anak Dara Maghribi Senang Nak Kawin Lelaki Malaysia
Diceritakan juga kisah penulis melawat Manghribi. Yang saya seronok baca, katanya anak dara Maghribi mudah berkahwin dengan orang luar terutama Malaysia dan mereka hormati orang kita. Katanya tak kisah juga kalau jadi isteri kedua, hehe. Ada seorang kawan sekelas saya dulu belajar di Maghribi, katanya gadis sana cantik-cantik. Jadi, nak tau betul ke tidak, masukkan le negara Maghribi kalau melawat negara-negara belah sana.
Salji Melumpuhkan UK
Diceritakan dalam buku ini, UK dilanda salji besar sehingga melumpuhkan negara tersebut. Macam kelakar juga, kerana negara mereka selalu kita tengok kat TV selalu dilanda salji. Peliknya, ramai bijak pandai dan pakar yang kalah dengan salji. Setinggi mana ilmu mereka, sajli pun mereka tak tahu nak atasi. Sehingga ekonomi dan sosial negara tersebut lumpuh sepenuhnya kerana sajli ini. Inilah kekuasaan Allah Taala untuk kita terus memikirkan kekuasaan Allah sebagai yang Maha Besar.
Buku setebal ini terjual di kedai dengan harga RM 35 dan saya dapat diskaun 10 persen lagi. Pada saya, ilmu yang saya dapat dengan membaca buku ini lebih tinggi nilainya. Insyaallah, saya cuba tamatkan pembacaan buku ini beberapa hari lagi.
SELAMAT MEMBACA.
Episod Kedua Mengenai Ustaz Zaharudin Berpoligami, klik sini
28 Julai 2013
Main Mercun Memang Best, Saya Pun Join Sekali... Hehe
Masa kecil-kecil dulu banyak le, main mercun, bukan perkara rahsia lagi. Biasa le, kat kampung, kawan-kawan ramai. Nak beli kat kedai pun senang. Saya percaya, dari dulu memang main mercun ni diharamkan dan boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Tapi, macammanapun, main mercun ni susah nak kawal atau halang.
Saya Pernah Cedera Main Mercun
Pengalaman cedera main mercun pun saya ada. Masa saya tingkatan 4, mercun meletup di tangan kiri. Mercun papan warna merah, main dalam gelap pakai ubat nyamuk. Berdarah dan bengkaklah tangan dan jari kiri sampai kena baju. Biasa le, bila dah kena camtu, diam saja nanti abah tahu kena marah pulak. Serik-serik juga, tapi lepas seminggu main semula mercun papan tu, bukan senang nak berhenti.
Nasihatkan kepada sapa main mercun kena ada cara, jangan sampai bahayakan diri. Sekarang mercun sekarang makin bahaya, letupan dia lagi kuat. Mercun papan yang saya cerita tu mungkin dah tak ada lagi. Sekarang mercun bola, letupan dia 2, 3 kali ganda lebih kuat dari mercun papan tu. Dulu mercun papan, pembalut dia kertas, sekarang plastik, saiznya lebih besar. Kalau mercun tu meletup kat tangan, saya percaya, tangan boleh berdarah atau mungkin hancur.
Orang Dewasa Ramai Main Mercun, Termasuk Saya
Dah dewasa ni pun saya masih main mercun, beberapa tahun lepas. Bukan apa, seronok melayan dan dengar letupan tu. Rasa dapat kepuasan pulak main mercun ni. Puas apa ? Susahlah nak cerita, macam orang memancing ikan juga, orang tak memancing mana tahu syoknye. Main mercun ni bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun ramai. Yer le, dulu masa kanak-kanak mana ada mercun yang lebih kuat meletup camni. Lagipun dah dewasa ni kira dah berduit, dulu masa kecil mana ada duit sangat nak beli mercun, mintak duit bapak je. Jadi benda ni susah nak berhenti. Kalau nak main mercun tu, mainlah. Bahaya atau tidak, fikirlah sendiri. Kanak-kanak jangan sesekali main mercun bola ni atau yang sama waktu dengannya, bahaya....
Jangan main dalam gelap, nanti tak nampak sumbu dia, sumbu dia laju. Jangan pakai ubat nyamuk, gunakan mancis atau pemetik api, barulah selamat. Haram main mercun ni, memanglah haram, tapi benda seronok. Kalau dah nak main tu, pandai-pandailah jaga keselamatan
Main Mercun Satu Kesalahan Jenayah
Yang saya tulis hari ni adalah pengalaman-pengalaman peribadi saya jer. Apa yang saya cerita ini, baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan. Saya nak ingatkan, bahawa main mercun atau lain-lain sama ada menyimpan atau menjual adalah satu kesalahan jenayah dan boleh diambil tindakan oleh pihak polis.
JANGAN TERLIBAT DALAM JENAYAH...
Lagi Pengutip Derma Haram Kena Tangkap, Bila Nak Serik
KLUANG - Seorang lelaki berusia 52 tahun yang sedang asyik membuka kaunter mengutip derma di sebuah pasaraya di daerah ini ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) cawangan Kluang, petang kelmarin.
Lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 5 petang selepas pegawai Jaij menyamar sebagai pengunjung untuk mendekati lelaki berkenaan selepas jabatan itu menerima maklumat daripada orang awam.
Ketika penyamaran, lelaki berkenaan menawarkan beberapa risalah dan barangan yang kononnya dijual untuk kutipan amal bagi sebuah sekolah di utara tanahair.
Namun, apabila anggota memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa, lelaki tersebut bertindak cuba menunjukkan surat sokongan untuk membuat kutipan tetapi tiada satu surat pun yang menyatakan kebenaran daripada pihak Jaij.
Menurut Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor, lelaki berkenaan ditahan kerana gagal mengemukan surat kebenaran dan semua barang miliknya disita.
“Lelaki tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 106(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor yang membolehkan individu terbabit dikenakan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
“Barang yang disita ialah sejumlah wang tunai hasil kutipan tabung derma, tabung kutipan derma, risalah, cawan untuk jualan amal, air penawar dan lencana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Khalil turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan slogan kutipan derma yang kononnya untuk rumah kebajikan atau pertubuhan anak yatim kerana tidak diketahui tujuan sebenar kutipan tersebut dilakukan.
Jelasnya, apa yang dirisaukan ialah jika kutipan tersebut bukan untuk kegunaan seperti yang dinyatakan sebaliknya untuk kepentingan individu atau sindiket yang tidak bertanggungjawab.
“Malah, pihak kami juga tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran untuk golongan ini mengutip derma,” katanya.
Lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 5 petang selepas pegawai Jaij menyamar sebagai pengunjung untuk mendekati lelaki berkenaan selepas jabatan itu menerima maklumat daripada orang awam.
Ketika penyamaran, lelaki berkenaan menawarkan beberapa risalah dan barangan yang kononnya dijual untuk kutipan amal bagi sebuah sekolah di utara tanahair.
Namun, apabila anggota memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa, lelaki tersebut bertindak cuba menunjukkan surat sokongan untuk membuat kutipan tetapi tiada satu surat pun yang menyatakan kebenaran daripada pihak Jaij.
Menurut Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor, lelaki berkenaan ditahan kerana gagal mengemukan surat kebenaran dan semua barang miliknya disita.
“Lelaki tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 106(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor yang membolehkan individu terbabit dikenakan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
“Barang yang disita ialah sejumlah wang tunai hasil kutipan tabung derma, tabung kutipan derma, risalah, cawan untuk jualan amal, air penawar dan lencana,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Khalil turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan slogan kutipan derma yang kononnya untuk rumah kebajikan atau pertubuhan anak yatim kerana tidak diketahui tujuan sebenar kutipan tersebut dilakukan.
Jelasnya, apa yang dirisaukan ialah jika kutipan tersebut bukan untuk kegunaan seperti yang dinyatakan sebaliknya untuk kepentingan individu atau sindiket yang tidak bertanggungjawab.
“Malah, pihak kami juga tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran untuk golongan ini mengutip derma,” katanya.
26 Julai 2013
Bual Bicara Ramadhan dan Nuzul Quran di INTAN KLUANG
Saya baru pulang dari menyampaikan ceramah atau bual bicara di IKWAS atau INTAN KLUANG kepada peserta Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) seluruh negara yang sedang berkursus beberapa bulan di sini. Iaitu yang dipanggil Kursus DPA 1/2013 siri 44 (IKWAS). Yang menariknya, penceramah pakai baju batik sebab tak tahu peserta pakai baju Melayu.....hehe.
Program bermula jam 10.00 malam hingga jam 11.45 malam dipenuhi dengan soaljawab moderator dan peserta. Antara soalan berkisar dengan tajuk kebesaran Al-Quran sebagai mukjizat agung kepada seluruh manusia. Dalam pada itu, ada juga soalan dari peserta lelaki yang tanya pasal 'poligami' yang saya jawab secara terperinci. Panas juga soalan dan jawapan mengenai poligami ni yer..... hehe. Banyak juga isu yang disentuh tetapi masa agak terhad nampaknya.
Tahniah atas penganjuran seperti ini yang dikendalikan oleh peserta-peserta kursus sendiri. Pertengahan bualbicara, diselitkan dengan puisi yang menusuk kalbu, yang disampaikan oleh seorang perserta. Juga diucapkan selamat berkursus kepada semua peserta, semoga mendapat kejayaan dan keberkatan di dunia dan akhirat.
25 Julai 2013
Perempuan Dah Berisi 8 Bulan, Baru Nak Nikah
Pasangan ini, lelaki 22 tahun, kerja kampung, perempuan umur 19 tahun, tidak bekerja, bernikah. Memang jarang orang bernikah bulan Ramadhan ni, tapi pasangan ni, perempuannya dah ditebuk tupai dan mengandung 8 bulan. Bernikah berwalikan bapa dan bapanya tidak mahu berbual dengan sesiapa nampaknya dalam majlis ini.
22 Julai 2013
Masa Mohon Sijil Halal Bukan Main Bagus, Lepas Tu.....
Tadi satu operasi khas bersepadu dilakukan di daerah Kluang. Turut serta adalah penguatkuasa JAIJ, Unit Halal JAIJ, KPDNKK, Majlis Perbandaran Kluang dan Kesihatan Kluang. Target operasi adalah restoran 24 jam, kedai kek dan kopitiam. Banyak tempat diperiksa.
Ada satu kedai kek ini sedang dalam proses mohon sijil halal. Pemeriksaan telah dibuat beberap bulan lalu dan sedang tunggu masa untuk dikeluarkan sijil halal. Bagaimanapun, dalam operasi mengejut tadi, kedai kek berkenaan didapati melalukan beberapa perkara yang meragukan. Senang cakap, kalau keadaan macam ni, susahlah nak beri sijil halal. Berbeza sangat semasa melawat kedai berkenaan sebelum ini. Maknanya, mereka berlakon bagus untuk nak dapat sijil halal yer.
Antaranya adalah soal kebersihan dan pakaian pekerja yang tidak dititikberatkan. Dan, satu lagi, dia meletakkan tempat sembahyang agama dia dalam kedai berkenaan. Bukan kecil tapi besar. Masuk saja kedai, terus nampak. Dulu semasa pemeriksaan hendak dapat sijil halal, tempat sembahyang tu tak ada. Jadi, fikir-fikirkanlah, layak ke kedai kek ini dapat sijil halal yer?
20 Julai 2013
Lelong Rumah Episod 11: Sekarang Masanya Untung Jual Rumah?
Tahun 2013 dan hujung 2012 di negara kita menampakkan kenaikan yang ketara mengenai harga rumah. Sedangkan tahun 2008, 2009 dan 2010, harga rumah adalah murah dan banyak rumah lelong. Episod lepas saya cerita bab "Gelembong Hartanah" dan kurangnya rumah yang kena lelong sekarang. Kalau perut yang boroi, bolehkah perut itu kempis? Jawapannya boleh. Tapi tak tahulah bila.
Dalam keadaan sekarang, masih ada orang yang membeli rumah dengan harga yang mahal dan mereka masih dikira berbaloi. Seorang kenalan saya adalah seorang orang penting dalam perniagaan hartanah bercerita, syarikatnya melancarkan kondominium dengan harga setengah juta atau 500,000 di Lembah Klang dan beberapa hari saja habis terjual. Syarikatnya turut menjual rumah bawah dengan harga dalam sejuta dan juga habis. Saya tanya dia, adakah munasabah dengan harga kondo setengah juta dan rumah teres dengan harga itu? Dia kata, bukannya tidak munasabah, tapi orang berebut-rebut beli. Jawapan itu, menyebabkan saya tidak soal lagi soalan yang sama pada dia.
Untung Atas Angin
Saya faham, orang yang membeli hartanah sebegitu ada tujuannya iaitu untuk mendapat keuntungan cepat. Katanya, rumah yang harga setengah juta itu boleh dijual dengan harga sejuta apabila kondo itu siap. Maknanya dalam tak berapa lama, pemilik rumah itu dapat untung setengah juta segera. Keuntungan sebegini tak akan dapat kalau kita melabur dalam ASB, Tabung Haji, Saham Bank Rakyat dan sebagainya. Juga belum tentu untung kalau kita jadi pelabur dalam bursa saham. Tapi hartanah... ini berlaku, bukan khayalan tapi kenyataan.
Kalau kita ke Johor Bahru, waktu menulis ini pun saya di Johor Bahru, kita lihat harga hartanahnya semakin mahal tanpa had. Semuanya bergantung kepada permintaan pembeli. Yang saya tengok, tahun 2009, sebuah rumah kedai baru di lokasi strategik di JB dijual dalam lingkungan 390,000. Tapi sekarang tahun 2013, kedai baru yang harganya 950,000 adalah perkara biasa. Itupun dah habis terjual, berebut-rebut orang beli. Beli rumah kediaman atau rumah kedai ada dua keuntungannya iaitu penyewa bulanan dan boleh jual kalau siapa nak beli dengan harga tinggi.
Beberapa hari lepas, saya baca dalam akhbar, katanya kerajaan sedang mengkaji, bagaimana untuk melindungi pembeli rumah. Sekarang ini, orang yang berduit akan membeli dan terus membeli hartanah kerana mereka punyai banyak wang. Sedangkan orang yang belum berkemampuan, menggigit jari saja. Antara cadangan kerajaan adalah dengan mengkaji undang-undang untuk menyekat atau mendenda orang yang menjual hartanah dalam masa 2 tahun. Bagaimanapun, semua ini masih diperhalusi lagi.
Sampai Bila Harga Naik
Soalnya sekarang, sampai bila harga rumah ini akan naik ? Bilakah penghujungnya. Saya tertarik dengan kenyataan seorang tokoh ekonomi terkenal negara yang menyatakan, akan berlaku kitaran ekonomi iaitu turun naik seperti roda. Maknanya, ada masanya sesuatu sektor itu meningkat naik, dan ada masanya akan jatuh.
Emas
Kita lihat dulu harga emas naik, ramai orang terperangkap semasa beli emas tinggi. Ramai yang menyimpan dengan membuka akaun pelaburan emas di bank yang waktu itu berkhayal untuk jadi kaya, tapi Allah takdirkan harga emas jatuh sampai hari ini. Ada juga kawan saya yang keluar duit KWSP puluhan ribu dan terpengaruh dengan satu syarikat kononnya peleburan yang baik. Akhirnya sekarang, duit dia habis lansung. Bukan itu saja, malah syarikat itu menyalahkan pelabur kerana katanya tidak memahami syarat-syarat pelaburan yang dibuat dulu.
Kelapa Sawit
Sekarang harga sawit jatuh. Berapa harga sekarang, saya tak berapa tahu tapi yang saya tahu, harga sekarang rendah berbanding zaman kegemilangannya kira-kira dua tahun lalu. Dulu tahun 1996, apabila harga rumah naik, banyak syarikat yang menceburi bidang hartanah. Ada syarikat yang kepakarannya hanya menguruskan ladang saja akhirnya mengambil keputusan menceburi bidang perumahan kerana nampak keuntungan yang berlipat ganda pada masa itu. Hingga penghujungnya, ada syarikat yang lingkup semasa kegawatan ekonomi dan projek perumahannya tak siap dan terbengkalai pun ada. Ada saham perumahan yang dulu cukup hebat akhirnya diistiharkan muflis dan ada saham yang dapat tanda merah dan ada juga yang dinyahsenarai dari bursa saham.
Waktu itu, tengah elok-elok sawit banyak buah, cuma harganya tak berapa baik, ada syarikat perladangan yang tebang pokok sawit semahunya macam tak sedar diri. Tujuannya nak buat perumahan. Tapi masa gawat tahun 1997-1999, harga sawit pula meningkat tinggi. Maka menyesallah syarikat yang nak buat perumahan itu sebab pokok sawit dah banyak ditebang. Nak tunggu berbuah dalam 5 tahun, bila dah cukup 5 tahun, harga pulak tak semahal dulu. Inilah perkitaran ekonomi.
Pada saya, dalam keadaan harga sawit yang tak berapa mahal sekarang, bertahanlah. Tengoklah nanti, harganya pasti naik semula kerana sejarah kenaikannya sudah ada. Hari ini saja ada berita yang menarik mengenai industri sawit apabila sebuah syarikat sawit Malaysia berjaya menerokai industri biodisel negara Eropah. Nak tahu cerita lanjut, klik sini, Berita Harian . Ekonomi ini ibarat roda atau spotrim kereta, ada masa berada di atas, ada masa di bawah. Sama-sama adillah, ada masa sedap, ada masa tak sedap, sama-sama merasa.
Getah
Dalam tahun 2010 dan 2011, harga getah naik ke paras tertinggi dan ramai pekebun getah jadi kaya. Ada seorang Pak Haji di Kluang waktu itu ada dalam 15 ekar kebun getah. Dia menoreh bersama isteri dan pekerja Indonesianya. Dia cerita, pendapatannya melebihi 15,000 dalam sebulan dengan hasil kebun getahnya. Alhamdulillah, dia bayar zakat yang banyak kepada Majlis Agama Islam.
Tapi sekarang harga getah dah muram sedikit tapi pasti ada penghujungnya. Saya yakin, kenaikan akan berlaku cuma tak tahu bila saja. Yang akan berlaku waktu itu, kebun getah dan semakin kurang. Banyak tempat sekarang terutama felda dah banyak kebun sawit hingga kebun getah semakin kurang. Jangan pulak nanti, masa getah naik, pergi tebang pokok sawit tanam getah pula.
Bijih Timah
Kita belajar dalam buku teks sekolah dulu yang bijih timah satu masa dulu cukup terkenal di negara kita. Dengan bijh timahlah menyebabkan kemasukan tenaga buruh asing ke negara kita waktu itu. Juga wujudnya bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, Lukut, Kuantan dan lain-lain kerana kepesatan industri bijih ini. Satu masa dulu Sungai Lembing di Kuantan terkenal dengan bijih ini dan menjadi bandar yang pesat waktu itu. Tapi sekarang kalau kita ke Sungai Lembing, kita dapati deretan kedai-kedai buruk yang sunyi dan tidak ada penghuni seperti dulu lagi. Dalam buku sejarah sekolah pun ada cerita pasal kongsi gelap Cina, Han San dan Ghee Hin. Nama Yap Ah Loi cukup terkenal yang dalam buku sejarah itu ada gambar dia yang hensem pakai topi.
Sekarang bagaimana indistri bijih timah yang dulu Malaya menjadi terkenal seluruh dunia ? Di beberapa tempat di Ipoh, bekas lombong ini jadi tempat bela itik serati yang bising itu. Daging dia dijual termasuk yang saya beli masak itik panggang orang datang raya rumah saya. Telur dia buat telur masih atau orang kampung saya panggil 'telur asin'. Tapi jaga-jaga, doktor kata kalau sesiapa yang sakit darah tinggi jangan makan banyak sangat telur masin ini.
Saya pergi ke Puchong Selangor, ada bekas lombong yang ditimbus dan kemudiannya dibuat perumahan. Saya nak buat lawak sikit..... nanti kalau harga bijih timah naik menggila, agaknya orang sanggup runtuhkan rumah dia sendiri untuk menggali bijih timah ini, tak ker gitu?
Jual Rumah
Kembali semula cerita pasal rumah. Kepada siapa yang dah ada rumah banyak, bukan orang rumah banyak yer... Maka cuba fikirkan untuk menjual rumah kita sekarang. Kalau kita berpoligami lebih dari satu rumah, mungkin rumah yang kita tidak duduk itu, kita buka harga sedap sikit. Antaranya dengan bukak iklan free dalam Mudah.com. Contohnya rumah di Pulai Perdana JB yang dulu tahun 2005 dibeli dengan harga 145,000, cuba buka untuk jualan dengan harga 350,000. Okey saya ulang semula untuk lebih jelas.
Rumah yang dibeli itu tahun 2005 maknanya dah 8 tahun. Cuba tanya bank, berapa baki pinjaman kita. Mungkin dalam 120,000. Jadi kalau betul ada orang nak beli rumah kita 350,000 tolak 120,000, akan dapat wang tunai 230,000. Banyak tu.
Jual Rumah Lelong
Juga kepada pembeli rumah lelong macam saya tahun 2008-2010 dulu. Contohnya sebuah kondo di JB dulu dibeli dengan 70,000. Sekarang cuba buka dengan harga 290,000 atau kalau berani dalam 350,000. Tengok, ada orang tanya atau tidak. Kita kena ingat, yang harga rumah yang tinggi sekarang mungkin tidak lama. Mungkin beberapa tahun lagi, harganya akan turun ke paras yang sebelumnya. Faktor yang menyebabkan harga rumah murah adalah antaranya, lebihan rumah berbanding pembeli, kesukaran mendapatkan pinjaman perumahan, sektor lain gawat, kuasa beli rakyat semakin kurang, kemelesetan ekonomi, undang-undang yang ketat untuk jualbeli rumah, bencana alam, pertumbuhan bandar baru, sumber ekonomi yang baru dan sebagainya. Satu dua faktor yang saya sebut, sudah ada sedikit berlaku.
Dulu saya kursus hartanah pada 13 November 2011, tak percaya, klik sini . Kalau kita iklankan di internet, beberapa jam saja akan ada broker hartanah telefon. Broker ini adalah broker yang tak berlesen yang saya tak sampai hati nak kata 'broker haram' macam media kata, sebab saya pun termasuk dalam golongan ini juga. Broker ada skil dan kemahiran dia tersendiri untuk luaskan iklan jualan itu sehingga berjaya terjual.
http://ustazkhalil.blogspot.my/2014/06/beli-rumah-lelong-episod-10-johor-bahru.html
http://ustazkhalil.blogspot.my/2014/06/beli-rumah-lelong-episod-10-johor-bahru.html
Langgan:
Catatan (Atom)
































