Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Januari 2010

Kena Tipu Dengan Cacing


KULIM: Seorang pesara kerajaan, Omar Ismail, 58, dari Bayan Baru, Pulau Pinang, mendakwa beliau menggunakan wang pencen sebanyak RM100,000 dibayar secara berperingkat kepada syarikat yang menganjurkan skim pelaburan penternakan cacing sejak Ogos tahun lalu.

“Kali pertama, saya melabur RM60,000 dan mendapat pulangan RM20,000 untuk dua bulan pertama sebelum menambah pelaburan RM40,000 lagi tetapi gagal menerima sebarang pulangan sejak November lalu.

“Saya pergi ke pejabat syarikat itu untuk mendapatkan kepastian tetapi alasan diberi boleh dikatakan munasabah sebelum menyedari ditipu, pada bulan lalu, ” katanya.

Pelabur Shahibul Kiraya Alimshah, 55, berkata beliau bersama isteri melabur RM35,000 selepas seorang rakan mendapat pulangan keuntungan yang menarik.

“Saya melabur pada September tahun lalu dan hanya mendapat pulangan sekali saja pada bulan berikutnya iaitu sebanyak RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun.

“Selepas itu, saya tidak menerima lagi pulangan keuntungan sebelum pihak syarikat memberi pelbagai alasan, ” katanya yang turut membuat laporan polis.






2 ulasan:

  1. tiada kesenangan yang akan datang dengan melayang ke pangkuan....

    BalasPadam
  2. si dia telah berusaha dengan menjadi "sleeping partner" or "Joint Venture"....namun tidak di selidikki apakah benar projek yg ingin di usahakan. sudah terlalu kerap kedengaran kes yang hampir sama.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.