Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 September 2010

Kenapa Tak Makan Daging Itik ? Kembang Tekak Ker ?

Semalam ada rombongan jiran-jran datang raya kat rumah. Saya masak sendiri itik dan ayam panggang, selain mee goreng dan nasi lemak. Ini mereupakan kali pertama saya masak itik, lepas chef Aiman Pang, saudara baru ajar dan tengok dapur apollo saya. Tapi itik cuma seekor, tak banyak, ayam 5 ekor.

Mulanya saya banyak kali fikir,  nak hidang pada tetamu daging itik ni kena fikir baik-baik. Bimbang nanti tetamu tahu itu itik, habis semua makanan dia tak makan. Agaknya kalau dah kembang tekak, daging ayam pun dia orang tak makan. Sebab tu, saya masak seekor jer.

 Teringat Muncung Itik ?

Betul juga apa yang saya sangka, seorang yang datang awal tu, dah anak 3, belum pernah seumur hidup dia makan daging itik. Saya suruh dia rasa, dia taknak. Tapi saya macam paksa dia juga, cakap itik tu sedap dan lebih sedap dari ayam. Barulah dia cubit sikit dan takut-takut nak masuk mulut, tapi lepas tu keluar dari mulut dia balik. Lepas tu ambil cili sos dan baru boleh makan semula. Saya tanya, kenapa, ada rasa tak sedap ker ? Dia kata, bukan tak sedap, cuma terbayang muncung itik yang tergantung kat kedai-kedai tu.

Itik Menyudu Longkang ?

Maknanya, orang kita makan itik terbayang macam-macam. Saya pulak, ni kali ketiga saya makan itik ni. Sebelum ni kat kedai Sabri Hoi, saudara baru yang dah pindah Shah Alam tu. Mulanya saya pun kembang tekak jugak, teringat itik tu tengah menyudu longkang kat belakang rumah orang. Eeeeeeee... Sekali fikir, apalah orang kita ni, termasuk saya terbayang perkara yang bukan-bukan.

Masa Jamuan

Masa jamuan tu, saya tak keluarkan daging itik dulu dan tak beritahu pun ada daging itik. Cuma keluarkan daging ayam panggang jer. Tak lama lepas tu saya tanya, nak ker daging itik. Ramai yang kata nak, sampai yang letak semula daging ayam pun ada. Saya pun keluarlah, ramai yang makan. Habis terus itik tu, ramai yang suka pulak. Dah habis tu, ramai yang tanya lagi. Menyesal juga masak seekor jer, tak cukup rupanya. Daging ayam tak habis dan tak laju macam tu.

13 ulasan:

  1. sekarang itik dibela dalam kandang,tak main lepaih macam tu ja..yang main lepaih mcm tu la yang depa dok menyudu air longkang tu..huuuu!

    BalasPadam
  2. salam ziarah, sy makan juga daging itik (yang dibuat rendang), w/pun bukan favorite tapi kena jaga hati tuan rumah, elok jer rasanya :)

    BalasPadam
  3. =___= tak penah makan daging itik seumur idup...selagi ada makanan lain, tak pe lah tak makan pon..huhuee

    BalasPadam
  4. Salam. Saya mkn daging itik, takde masaalah jijik atau apapun. Paling selera saya mkn ialah di Pulau Pinang, nasi khandar dan itik masak kari. Kuah karinya pekat...fuuhh, menyelerakan!

    BalasPadam
  5. Salam Ustaz, saya memang dari kecil lagi dan tau makan daging itik, tapi sekarang susah dapat sejak saudara Sabri Hoi tutup kedai itik panggang.
    Susah nak ajak suami makan, sebab suami orang Jawa, saya mix Thai dan Chinese..

    BalasPadam
  6. Sabri Hoi pindah dari Kluang ni, seminggu selepas saya jadi Kadi Kluang. Sempat saya ke kedai dia dan beri nasihat dan pujuk dia supaya jangan tutup kedai sini. Sempat saya tengok dapur dia, sama macam dapur panggang saya. Ada juga Sabri ajar saya sikit cara masak.

    Tapi masa tu memang dia dah nak pindah dan dah janji nak serahkan kedai tu dan dah ada penyewa lain.

    BalasPadam
  7. xpenah rasa lagi daging itik. hari tu ada kwn nk belanja (tapi guna duit dari kena nombor ekor), automatik sy ckp xmkn itik. tp klu itik tu dari sumber halal, nak juga saya merasanya...

    BalasPadam
  8. hehe..emm..ustaz...itik malam tu memang sedap...
    dah rindu dah neh..hehehe....

    BalasPadam
  9. Dah lama tak makan. takde supply. Dulu kalau pi rumah mak saudara kat Melaka adalah bela itik. Dapatlah merasa kalau dia lum jual.

    BalasPadam
  10. Boleh cuba ni, Ustaz tahu dimana kedai saudara Sabri Hoi di shah Alam. Boleh berikan alamat kedainya...

    BalasPadam
  11. Itik Panggang Sdr Sabri hoi sekarang boleh didapati di Restoran Aldy. Alamatnya no G-3 jalan PJS 9/1B Pusat Perniagaan Lagoon Perdana Bandar Sunway Petaling Jaya Selangor. No tel 03-56310078 atau hubungi saya EN Syafiq 016-3200078

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum. Boleh tak kalau makan lidah itik?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.