Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Mei 2010

Peguam Syarie Bukan Islam Boleh Di Wilayah Persekutuan ?

Seorang peguam wanita yang bukan beragama Islam, Victoria Jayaseelee Martin, hari ini memperolehi kebenaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagi mendapatkan semakan kehakiman untuk beliau berkhidmat sebagai peguam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh memberi kebenaran kepada permohonan untuk suatu perintah bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima masuk Victoria sebagai peguam syarie.

Ini adalah kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar bahawa hanya peguam yang beragama Islam sahaja boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah. Hakim Zawawi yang membenarkan permohonan itu menolak bantahan yang dikemukakan oleh MAIWP.

Victoria  mendapat kelulusannya pada tahun 2004 daripada Universiti Islam Antrabangsa dan berkata beliau ingin menjadi peguam syarie demi kepentingan keadilan. Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.

2 ulasan:

  1. Salam Ustaz,
    Itu cuma kebenaran untuk semakan kehakiman saja. Kuasa ,mutlak masih di bawah MAIWP. Nak mohon tauliah sebagai peguam syarie ni dia ingat mudah agaknya, macam nak jadi member BAR COUNCIL & Advocates & Solicitor High Court of Malaya.
    Dia perlu melalui proses temuduga, hah..mintak keluarkan nas - firman + hadis dalam bahasa arab dan terjemahan..
    DAN yang sukar sekali serta barang mustahil dia nak langgar ialah syarat "mesti seorang ISLAM".
    Sedangkan ramai peguam bangsa Melayu & beragama Islam pun tak lepas pentauliahan..
    Apa-apa pun saya ucapkan "good luck" pada minaci ni... :)

    BalasPadam
  2. Ya sy sokong En Sulaiman keputusan yg terakhir adalah ditangan Pihak yg melantik. Keputusan terakhir tersebut yg sebenarnya yg boleh menyelamatkan maruah agama islam itu sendiri.....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.