Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Disember 2009

Ahli Parlimen dah Kahwin Artis ?


Seorang Ahli Parlimen  disahkan sudah bernikah dengan seorang pelakon terkenal,  dipercayai pada minggu lalu. Walaupun 'dia'enggan mengesahkan perkahwinannya itu, rakan karibnya, Datuk Mohamad Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, semalam mengesahkan pernikahan mereka.

"Dah selamat...saya doakan beliau bahagia. Saya sempat berpesan kepada 'dia' jangan berahsia lagi... biar semua kawan tahu kerana ucapan tahniah adalah doa,” katanya ketika dihubungi semalam.  (Berita Harian)

Betul tu, kalau dah kawin istiharkan saja. Bukannya buat maksiat atau buat jenayah, YB.
SELAMAT PENGANTIN BARU, YB.

Rumah Dekat Tapi Tidur Hotel


Malam tadi, saya bersama penguatkuasa membuat operasi di sebuah hotel di Kluang sekitar jam 11.00 malam. Di dalam sebuah bilik, saya hairan kenapa wanita berusia 19 tahun tidur di hotel seorang diri. Gadis ini yang mengaku masih belajar di sebuah kolej, didapati rumahnya sekitar 5 km saja dengan hotel berkenaan.. Lebih menghairankan, bilik didaftar atas nama seorang lelaki.

Gadis ini terselamat dari ditangkap kerana tiada pasangannya. Bagaimanapun, saya nak persoalkan, kenapa ibubapa tidak perihatin tentang anak perempuannya. Kenapa perlu anak perempuan tidur di hotel walaupun rumahnya sekitar 5 km saja ?

Tahniah Bolasepak Negara


SKUAD negara mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA, semalam.


Bagi anak-anak buah jurulatih, K. Rajagobal, mereka bukan sahaja berjaya membalas dendam kekalahan  1-3 di tangan Vietnam pada peringkat kumpulan lalu, malah menerima penghormatan menjadi sukan yang menyumbang pingat emas ke-40 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

17 Disember 2009

Penguatkuasaan kenderaan asing bawa keluar petrol lebih 20 liter


Pertama-tamanya, saya mengucapkah tahniah kepada kerajaan kerana bertegas dalam isu penjualan minyak petrok dan diesel di sempadan termasuk Johor Bahru. Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, nampaknya bertegas dalam isu ini.

"Mana-mana kenderaan yang kita (penguatkuasa) syaki akan ditahan. Jika lebih 20 liter kita berhak untuk rampas dengan kereta-kereta sekali,” . Saya mengucapkan tahniah kepada ketegasan menteri ini.

Bagaimanapun, bukan senang untuk memeriksa semua kenderaan di stesen minyak di Johor Bahru yang jumlahnya mungkin mencecah ratusan buah. Sudah pasti terlintas juga di hati pengusaha untuk menjual minyak lebih kepada kenderaan asing untuk mendapatkan keuntungan. Jadi, kalau ada satu dua pengusaha stesem minyak dikenakan tindakan, maka saya percaya stesen minyak akan memastikan peraturan ini berjalan.

Kedua, bagaimana pula kenderaan yang baru masuk dari Singapura yang nengisi hanya 20 liter tetapi selepas itu ke stesen lain mengisi 20 liter lagi, kemudian mengisi lagi 20 liter ? Saya percaya, akan ada kenderaan dari Singapura yang sanggup mengisi sehingga 5-6 kali untuk mendapat minyak penuh. Yang menjadi bebannya dalah penduduk Johor Bahru kerana stesen minyak sentiasa sesak kerana kenderaan Singapura berhenti mengisi minyak beberapa kali.

Ketiga, penguatkuasa perlu memikirkan bagaimana kaedah yang sesuai untuk memeriksa kenderaan yang meninggalkan negara kita untuk memasuki Singapura. Ok, pagi tadi jam 8.00 pagi, saya dari Kluang ke Johor Bahru terperanggap dalam kesesakan jalan yang teruk kerana ada tiang tumbang di hadapan Danga City Mall. Kesesakan telah menjelaskan keseluruhan jalan masuk ke pusat bandar. Jadi, kalau satu persatu kenderaan diperiksa meter minyaknya, sudah tentu akan mangakibatkan kesesakan lalulintas yang teruk di Tambak Johor seteruskan merebak ke sekitar bandar. Jadi, bagaimana ?

Keempat, bagaimana kalau ada kenderaan Singapura yang telah mengubah jarum meter minyak kereta. Tahukah pihak kerajaan bahawa sekarang pun sudah ada kenderaan dari Singapura yang mengubah meter ini. Kalau nak tahu cerita ini, tanyalah orang yang membeli kereta lelong Kastam dari Singapura. Sesetengah kereta ini telah diubah meternya. Pemandu boleh tuang minyak sepenuhnya tetapi meter tetap di tahap itu. Saya percaya, ada bengkel kereta yang boleh buat. Jadi, adakah mereka akan terlepas ?



Maal Hijrah 1431 H "Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah"


Alhamdulillah kerana kita semua diberi kesempatan untuk memasuki tahun baru hijrah 1431. Hayatilah sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam mengharungi detik-detik mencabar sewaktu hijrah. Mudah mudahan tahun baru ini mampu merealisasikan azam untuk memantap dan melahirkan ummah yang perkasa dan gemilang.

16 Disember 2009

Pelacur 'Ayam Pencen'



Petang tadi saya baru selesai operasi di tempat hotel-hotel pelacur sekitar Kluang. Hasil pemeriksaan, tiada tangkapan kerana tiada pelanggan Islam. Mungkin sebab tengah bulan, belum gaji, jadi tak ramai sangatlah pengunjung. Pelacurnya semua bukan Islam umur 40 tahun ke atas. Hotel ni buka mula 9 pagi hingga 7.30 malam.

Amoi 40-an, kulit putih gebu, berat dlm  80kg, RM40 saja.
Hari ni dah dapat 10 pelanggan




Umur sudah 45 tahun, asal Sarawak, muka macam makcik-makcik




Minaci, kulit gelap, mungkin Bangla minat dia kot

kondom

Amoi, buku catatan pelanggan. Hari ini sudah 10 orang. Seorang RM40,
ada juga RM30 kalau pelanggan tetap


Hotel ini buruk dan kotor,tapi pelanggan tetap ada

Nak beri amaran kepada semua orang Islam....Serbuan akan dilakukan pada bila-bila masa. Tindakan tegas akan diambil.

Tolong Lepaskan Saya Encik


Sebentar tadi baru selesai tangkap kes judi nombor ekor. Tangkap seorang lelaki umur 40-an, kakitangan kerajaan pula tu. Tapi apa nak dikata lagi, orang dah berbuih mulut beri nasihat, dah kena tangkap tanggung sendirilah. Denda boleh sampai 3,000 tau, boleh penjara 2 tahun. Kalau kerja kerajaan, kena denda lebih pada gaji, boleh buang kerja. Lain kali janganlah cari pasal.

"Tolong lepaskan saya encik..."
"Tolong encik, saya kerja kerajaan."
"Mintak maaf encik, tolong lepaskan saya".

abang baju merah ni dibawa ke balai polis

Nak Kawin Lagi Satu, Tapi Kena Tipu



Petang semalam, saya dikejutkan dengan berita kononnya saya akan menikahkan satu pasangan di Masjid Jamek Kluang. Pasangan itu rupanya sudah tunggu di masjid sejak jam 3.00 petang lagi untuk menunggu kedatangan 'kadi'. Tapi tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, bulan tak muncul-muncul (macam cerita P Ramlee Bujang Lapok). Rupanya memang tak ada imam nak nikahkan dan tak ada borang permohonan pun untuk dia kahwin.

Dia dah kena tipu dengan wang sebanyak RM 3,700 yang sudah dibayar kepada orang tengah. Orang tengah itu berjumpa dan berkenalan dengannya di Seremban.  Lelaki itu dari Kuala Lumpur umur 40-an sudah mempunyai isteri dan tak tanya pula berapa orang anak dia. Wanita dari Muar berumur 30-an masih anak dara. Mereka siap dengan pakaian pengantin dengan diiring oleh wali dan keluarga pihak perempuan bersama 2 biji kereta. Dia kena tipu dengan orang tengah kononnya boleh nikah di Kluang, duit dah bayar. Rupanya orang tu tak muncul. Mudahnya dia kena tipu.

Bila dah tahu kena tipu, saya minta lelaki itu buat laporan polis, tetapi dia tak mahu. Saya faham le lelaki macam ini, takut nak buat report, takut isteri kat Kuala Lumpur tahu. Tujuan asal nak nikah senyap-senyap, kena tipu rupanya. Lagi takut kalau masuk akhbar, disensasikan berita tu, sampai isteri kat rumah mengamuk.

Mengandung Luar Nikah 5 Bulan


Kekadang terfikir juga, rasa keberatan untuk menceritakan kes maksiat, terutama yang berlaku di tempat saya bertugas sekarang. Saya terfikir juga, mungkin ada pihak yang tidak berapa senang dengan cerita-cerita sebegini, seolah-olah menggambarkan Kluang banyak berlaku maksiat. Jadi berita sebegini mungkin memalukan mereka.

Bagaimanapun, pagi ini ada satu kes wanita belasan tahun yang sudah mengandung 5 bulan dan menyerah diri untuk bernikah di pejabat. Lelaki pasangannya usia 20-an seolah-olah tidak melakukan perkara yang berat. Sebelum berkahwin, kedua-duanya akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Rayuan dari pihak berkenaan untuk tidak diambil tindakan, tidak akan dilayan.

Memantapkan Penguatkuasa Agama di Kluang


Semalam diadakan mesyuarat Jawatankuasa kecil Maal Hijrah bersama beberapa agensi kerajaan yang saya pengerusikan sendiri. Tujuannya adalah untuk menyelaras dan menyusun gerakan operasi maksiat dengan lebih teratur sekitar Kluang. Bermula semalam hingga seterusnya, gerakan operasi maksiat akan diadakan dengan lebih kerap dan tersusun dengan dibantu oleh beberapa agensi kerajaan lain. Ini termasuk kekerapan operasi di rumah judi, rumah pelacuran, hotel, pusat hiburan, taman rekreasi dan lain-lain.

Kepada orang Islam di Kluang, diharap tidak terlibat dengan maksiat. Tindakan tegas akan diambil ke atas semua yang terlibat, tidak mengira kedudukan dan jawatan. Malam tadi, satu pasangan remaja ditahan di dalam sebuah rumah di Kluang atas kesalahan khalwat.

15 Disember 2009

20 Anak Luar Nikah di Kampung Ini


Padi tadi, datang seorang lelaki membuat aduan kepada saya. Katanya di kampungnya sudah lebih 20 orang anak luar nikah di situ. Tadi dia buat aduan bekenaan seorang gadis 14 tahun yang baru 2-3 bulan melahirkan anak. Saya sudah minta penguatkuasa membuat tangkapan segera sekiranya aduan itu tepat.

Katanya lagi, sebelum kes gadis 14 tahun ini, kakaknya sudah melahirkan anak beberapa tahun lalu. Anak kakaknya dipelihara sendiri di kampung. Malangnya, ibu bapa seolah-olah tidak memandang berat kes ini. Ibu bapanya seperti seronok mendapat cucu, sedangkan itu anak luar nikah.

Apabila saya bertanya penguatkuasa, katanya sebelum ini sudah beberapa kes tangkapan kes mengandung dan lahir anak luar nikah di kampung itu. Biasanya wanita ini melakukan hubungan sex sesama rakan sebaya di kampung itu. Ini termasuk melakukannya di dalam kebun kelapa sawit.

Berakhir Kisah Pak Aji (Episod Akhir) 5/5


Hujung tahun 1996 dan 1997, bermulalah kejatuhan ekonomi negara kita. Bukan negara kita saja, malah Asia turut runtuh, kejatuhan yang tidak boleh dibayangkan sebelum itu. Pasaran Saham Malaysia jatuh sehingga 300 mata bagi indek komposit (sekarang dalam 1,200 mata). Matawang kita berbanding Amerika mencecah sehingga RM 5, berbanding RM 3.65 sekarang. Semua sektor di negara kita terjejas teruk. Paling teruk adalah sektor hartanah. Kalau orang JB boleh lihat komplek Kemayan City (depan kipmart)yang terbengkalai sampai sekarang, Waterfront City di tambak Johor yang tutup sampai sekarang, Pusat Perniagaan Pacific Mall di Bukit Chagar yang terbengkalai sampai sekarang, bangunan di hadapan Angsana yang sampai sekarang tak siap dan lain-lain projek mega.

Syarikat swasta dalam keadaan tenat. Kerajaan juga membatalkan beberapa projek mega. Pinjaman wang dengan bank dunia dan bank asing meningkat naik kerana matawang Malaysia merosot. Juga berlaku krisis Perdana Menteri Dr Mahadhir dan timbalannya Anwar Ibrahim, membuatkan suasana politik negara tak stabil. Berlaku banyak pinjaman tidak berbayar menyebabkan bank mengalami kerugian seterusnya kerajaan mewajibkan pergabungan antara bank untuk mengurangkan kos operasi.

Maka, Pak Aji walaupun dia bukan pemain saham dan bukan juga pemain atau pengurup matawang tapi turut terkena pada dia. Syarikat besar yang dah berjanji nak ambil tanah felda tersebut dengan nilai jutaan ringgit akhirnya terpaksa membatalkan pembelian tersebut. Semua penduduk di sana terlopong. Saya dengar ada yang dah beli barangan mewah termasuk kereta dengan buat hutang yang banyak. saya percaya ramai penduduk di sini yang terperangkap. Pak Aji sedih tak dapat duit. Rupanya pak aji juga banyak hutang kiri kanan.

Diringkaskan cerita, gadis idaman Pak Aji pun tak mahu bernikah dengan Pak Aji. Buat apa pilih orang tua, tua kalau banyak harta tak apa. Ni tua tak berduit. Barulah gadis tu sedar dari lamunan dan lebih sanggup tak berkahwin dengan sesiapa pun buat masa itu. Pak Aji akhirnya menyesal, kekasihnya sudah lari. Dia tak ada upaya nak pujuk, apa lagi nak paksa. Selama ini pun bukan dia ada bagi apa-apa, cuma janji saja nak kasi kemewahan. Bila kemewahannya tak muncul, maka buah hati Pak Aji lari.

Pak Aji rugi banyak benda bukan seposen dua yang rugi, malah yang dia hilang sebenarnya lebih dari sejuta ringgit lagi. Dulu mimpikan duit sejuta, tapi sejuta kebahagian dalam hidupnya habis hilang. Mak Aji sekarang duduk rumah anak-anak bertukar-tukar rumah  di sekitar JB dengan tenang menerima qadar dan qadar Allah Taala. Lebih malang lagi, anak-anak dan cucu Pak Aji lansung tak balik rumah Pak Aji.  Pak Aji ada menyatakan hasrat untuk kembali semula dengan mak Aji sambil meraru-rayu tapi tempoh rujuk sudah tamat, jadi bukan dengan kuasa mutlaknya lagi. Kalau nak pun, kena nikah semula. Tapi Mak Aji sudah faham liku-liku hidup dengan Pak Aji selama ini dan bukan mudah untuk dia menerima pinangan Pak Aji.

Mak Aji sudah melalui pahit maung hidup yang sukar diceritakan kepada masyarakat kerana hanya dia saja yang mengenali Pak Aji luar dan dalam. Saya masih ingat, masa sebelum cerai dulu Mak Aji ada cerita pada saya yang dia sama-sama dengan Pak Aji jadi peneroka felda waktu baru ada anak 2 yang masih kecil, lebih 30-40  tahun dulu. Mak Aji cerita, dia sama-sama mengerjakan kebun dengan Pak Aji dengan bawa anak sama ke kebun untuk bantu membina keluarga. Tapi bila dah lama, dia buang isterinya bagai  buang kertas tisu dalam jamban. Pak Aji lupa daratan, dah nak jadi jutawan, tak pandang zaman susah dulu, isteri turut sama membanting tulang dan keringat. Bila dah nak kaya tak sedar diri. Memalukan saja.

Baru diuji dengan kemewahan sikit, sudah mula nak berubah. Kalau betul-betul jadi kaya, lagilah tak dapat dibayangkan. Maka, pinangan Pak Aji ditolak. Kini anak-anak berdiam diri saja, tak menyebelah mana-mana. Kini pada anak-anak, ayah tetap ayah, mak tetap mak. Cucu pun sama, atok tetap atok, nenek tetap nenek.

Kesudahannya, Pak Aji duduk dirumah sorang-sorang merenung nasib dan masa depannya yang sikit-sikit ada lagi simpan nafsu kesumat kalau-kalau ekonomi cepat pulih dan ada harapan dapat berjuta lagi. Tinggal dia keseorangan di rumah. Tapi sehingga sekarang tahun 2009, masih belum terdiri lagi projek mega di situ. Mudah-mudahan Pak Aji ni sedar dengan perbuatannya selama ini.

Lepas tu, memang lama saya tak jumpa Pak Aji ni. Tahun 2007 dulu saya terjumpa Pak Aji di satu majlis bersama pemimpin negara. Dia nampaknya dah kurus dan uzur dan nampak macam tak sihat. Saya tak tahulah status dia waktu itu sudah kahwin ke belum,tak kuasa nak tanya. Suaranya sudah tersekat-sekat dan tak berapa jelas lagi seperti dulu. Umurnya sekarang dah menjangkau 75-80 tahun saya rasa.
SEKIAN. TAMAT DAHHHHHH

14 Disember 2009

Abang Aji Tak Putus Asa Nak Kawin Juga (Episod 4/5)

SAMBUNGAN...
Pak Aji sekali lagi datang pejabat untuk meminta dia dibenarkan kawin, walaupun edah Mak Aji masih ada lagi. Kenapa tu ? Sabar-sabar le..... Tapi Pak Aji tak boleh sabar, 3 bulan macam 3 tahun buat Pak Aji yang dah kemaruk cinta. Kali ini Pak Aji siap dengan hujah yang dia pikir bernas dan boleh diterima.

"Mana ada dalam hukum, suami kena edah ? Saya bukan perempuan. Kalau halang saya, nanti saya buat perkara tak elok, siapa yang susah. Saya nak nikah Siam pun boleh tau".

"Bukan Pak Aji, ini peraturan. Kita kenalah ikut peraturan, kalau langgar peraturan nanti ada pihak yang teraniaya pulak. Nanti macam-macam boleh jadi pulak" Saya jawab, sebenarnya malas nak jawab tapi terpaksa jawab. Kalau tak jawab pun tak apa, dia  pun bukan nak terima apa yang kita cakap.

Apa lagilah tak habis-habis Pak Aji ni dari dulu sampai sekarang, dah berbulan-bulan asyik muka dia saja yang datang pejabat. Akhirnya Pak Aji terpaksa tunggu habis edah, berpuasa panjanglah dia. Yang menjadi persoalannya, kenapa kali ini dia datang dengan ditemani anak lelakinya. Mungkin anak dia dah kena jolok duit lebih sikit kot, entahlah.

Diringkaskan cerita, kemudian, genap 3 bulan perceraian Pak Aji dan Mak Aji. Maknanya edahnya dah tamat. Pak Aji sudah boleh kawin dan tempoh rujuk dengan Mak Aji dah tamat. Cuma yang menghairankan saya, Pak Aji tak muncul-muncul.

Ini menyebabkan saya penuh dengan persoalan. Yer le, dulu masa dia selalu datang macam rimas juga nak melayan, tapi bila dah lama tak muncul, jadi tanda tanya juga ?

Ke mana yer Pak Aji ni ? Dah nikah Siam ker ?  Ke dah meninggal. Entah...Senyap jer......

SAYA TERPAKSA BERHENTI SETAKAT INI DULU... Ceritanya tinggal satu episod lagi nak habis. Apalah kesudahannya yer....

SAMBUNG KE EPISOD 5
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/berakhir-kisah-pak-aji.html

Abang Aji Terkejut Kenapa Lelaki Pun Kena Edah (Episod 3/5)

......SAMBUNGAN
Bila ceraikan isteri talak satu, Abang Aji tahu yang isterinya ada edah. Abang Aji faham dan tak pertikaikan edah Mak Aji. Tetapi Pak Aji pelik, dia dihalang berkahwin dengan menggunakan status duda untuk bernikah dengan isteri mudanya oleh Pejabat Agama. Inilah yang membuatkan Abang Aji 'naik angin'.

"Kenapa pulak lelaki ada edah ?" Pak Aji membebel depan saya selepas permohonannya ditolak. Dia macam nak mintak saya sokong dia, tapi saya buat tak layan saja.

Sebenarnya, memang pejabat agama ikut prosedur. Lelaki yang menceraikan isterinya talak satu tidak dibenarkan kahwin dengan orang lain dalam tempoh edah. Tujuannya, dibimbangi kalau selepas kahwin, Pak Aji rujuk semula dengan Mak Aji. Kalau gitu dia boleh ada dua isteri. Jadi kenalah tunggu Mak Aji habis edah.

Jadi niat dan nafsu kejantanan Pak Aji terbantut lagi. Kenalah tunggu edahnya tamat. Kalau Mak Aji ada haid lagi, edahnya 3 kali suci. Kalau dah takde haid, 3 bulan tempohnya.  Pak Aji ada masa untuk rujuk semula dengan Mak Aji dalam tempoh edah, anak dia pun berharap begitulah jadinya. Mak Aji pula buat tak kisah, nak rujuk rujuk, tak nak rujuk sudah, masa 3 bulan tu bukan lama. Dalam hati Mak Aji kata,

"Lu pikir le sendiri..." (ni saya saja menambah jer, nak sedapkan cerita)

Tapi Pak Aji dah nekat dan bersungguh-sungguh, dia dah tak mahu peluangnya terlepas. Jadi dia tetap tak mahu rujuk walau apa pun yang terjadi.

Blog saya mencapai 10,000 pelawat hari ni

Alhamdulillah, belum sampai 3 bulan blog ini dibangunkan, hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi diri saya sebagai penulis blog. Iaitu mencapai 10,000 orang pelawat. Pada jam 6.10 petang hari ini mencapai 10,156 pelawat.Terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan. Teruskan membaca blog saya. Terima kasih.

Hari ini saya sibuk dengan mesyuarat sebelah pagi dan petang di Johor Bahru. Jam 6.10 saya baru sampai di rumah di Kluang. Maaf kerana cerita "Pak Aji' tidak sempat dihabiskan. Saya akan habiskan segera bila ada kelapangan.

Jururawat Malaysia ditangkap Khalwat di Arab Saudi



Seorang jururawat warga Malaysia berusia 30-an berdepan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara selepas ditahan berkhalwat di sebuah rumah di Jeddah, Arab Saudi. Pasangannya, seorang doktor juga rakyat Malaysia berusia 40-an, bagaimanapun melarikan diri meninggalkan kekasihnya, dipercayai menggunakan pasport palsu Indonesia untuk keluar dari Arab Saudi sebelum kes itu dibicarakan.

Kedua-duanya yang bertugas di sebuah hospital di Jeddah, ditahan bersama seorang lagi lelaki warga Malaysia yang menghadapi tuduhan bersubahat kerana tinggal di rumah sama. 
(Berita Harian hari ini).

13 Disember 2009

Abang Aji Kalau Dah Nak Kawin Tak Boleh Halang (Episod 2/5)


Pak Aji kalau dah nak kawin isteri muda, siapa pun tak boleh halang. Kalau anak isteri dia pun tak boleh nasihat, orang pejabat agama lagilah dia tak dengar. Maka terjadi pergaduhan lagi dengan Mak Aji di rumah.

 Kali ni lebih dahsyat dari perlawanan wresling Batista lawan Undertaker. Dalam pertengkaran tu tiba-tiba Pak Aji melafazkan perkataan cerai talak satu pada Mak Aji disaksikan oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Semua anak-anak panik tapi tak berkata apa-apa (mungkin takut nanti bapak dah jadi jutawan tak hulur kat dia, jadi anak diam jer)

Maka Mak Aji terpaksa keluar rumah malam tu, terpaksa bungkus kain baju pergi rumah anak, kebetulan kat JB juga. Esoknya Pak Aji mengadu ke Mahkamah Syariah yang dia dah ceraikan Mak Aji. Mahkamah kemudiannya mengesahkan jatuh talak satu. Bila dah jatuh talak, saya sebagai penguatkuasa terpaksa menyiasat Pak Aji ini kerana melakukan kesalahan cerai luar mahkamah. Boleh didenda sehingga RM 1000 atau 6 bulan penjara.

Nampaknya Pak Aji tak kisah, mungkin dalam hati, itu bukan isu besar, yang penting dapat pengganti anak dara 20-an. Pak Aji dituduh di Mahkamah dan kena bayar denda. Yang hairannya, sampai ke petang baru dia boleh bayar denda, hampir-hampir dia kena masuk penjara. Anak dia yang datang bayarkan denda,  menunjukkan Pak Aji ni bukan orang berduit. Aanak dia tu macam tak berduit juga, sampai nyaris Pak Aji nak kena penjara.

12 Disember 2009

Pak Aji Bakal Jutawan Nak Kawin Lagi Satu (Episod 1/5)



Tahun 1996 dulu ekonomi negara kita berada pada tahap sangat baik. Waktu itu di Johor Bahru ada sebuah Felda yang dikatakan akan dapat durian runtuh apabila ada pemaju nak buat projek mega. Maka orang di felda itu sedang mencongak-congak untuk jadi jutawan. Kira punya kira, setiap peneroka dapat kira-kira sejuta seorang dan hampir ke semua  mereka yang terlibat seronok. Tapi susah juga kalau ada banyak duit, lebih lagi sebelum ini tak berapa kaya sangat, tiba-tiba jadi jutawan, bukan senang nak mengubah gaya hidup.

Dalam tempoh cerita nak jadi jutawan tu, ada seorang Pak Aji dalam lingkungan 60-an setiap hari datang ke pejabat agama Johor Bahru untuk urusan kahwin lagi satu. Bakal isterinya itu anak dara umur 20-an. Tak kisahlah anak dara tu, walaupun bakal suaminya nanti pangkat 'atok' pada dia. Apa yang penting ? Kerjasamaaa.... Ops bukan kerjasama macam katun WondePet tu. Yang penting pada perempuan tu adalah duit 'berkepok', tua bukan soalnya.

Halangan pada Pak Aji tu adalah isterinya tak izin, memanglah tak izin. Isteri dia kata, dulu masa sama-sama baru kawin lebih 30 tahun dulu sama-sama susah jadi peneroka felda. Sekarang anak dah besar panjang dan bercucu, abang aji pulak nak gatal cari perempuan muda, berpangkat cucu. Bila saya tanya anak berapa, dia kata 8 orang. Bila tanya cucu berapa, dia pun dah lupa sebab ramai sangat cucunya.

Isteri dia halanglah, tapi Pak Aji ni tak putus asa, dia bawa kes ini ke mahkamah Syariah. Tapi bukan semudah itu mahkamah nak benarkan. Mungkinlah juga mahkamah nak tengok betul ke tidak dia jadi jutawan (sangkaan saya saja sebab saya tak tahu lanjut urusan dia dengan hakim). Sedangkan masa tu belum jadi jutawan, cuma setakat cerita-cerita jer. Maka mahkamah tidak dapat membenarkan buat masa itu.

Oleh kerana tak sabar, Pak Aji ini marah-marah pada isterinya. Apa yang saya dengar, mereka bergaduh lebih kurang begini.

"Apa lagi awak nak, saya nak kasi awak dua ratus ribu pun awak tak nak ke ?" Kata isteri dia.

Alamak, banyaknya duit, 200,000 tu perkara mainan saja. Tapi duit belum serah, manalah isterinya nak setuju. Mungkin tu juga yang ditunggu-tunggu oleh isteri (agak saya jer lah). Atau mungkin isteri dia tak pandang pada duit. Yang isteri pandang adalah untuk kekal bahagia, lagi pun malulah pada anak dan cucu.

Tapi Abang Aji tetap nak kawin juga, dia bakal jutawan besar. Tua bukan sebarang tua, setakat nak beli tongkat ali sebulan seribu ringgit, Abang Aji tak kisah. (ni saya saja menambah ni..) Bagaimanapun......

Khalwat Dalam Reban Ayam


Waktu jadi Pendakwa Syarie dulu, ada satu kes di sebuah daerah yang membingungkan saya juga. Kesnya tangkapan khalwat dalam reban ayam, alamatnya tidak dinyatakan dengan jelas. Saya tanya penguatkuasa yang menangkap untuk menjelaskan tempat kejadian yang kena tepat sebelum disebut di Mahkamah.

Penguatkuasa kata, betullah reban ayam, alamat yang tepat tiada. Memang betul le kata penguatkuasa tu, saya pun jadi penguatkuasa sebelum jadi pendakwa.

Dalam kes ini, perempuan tu kata dia nak hantar makanan ayam pada Mat Indon tu untuk makanan ayam. Katanya sekejap saja duduk situ dan tak masuk pun dalam reban tu. Sebenarnya dia kena tangkap dalam reban tu berdua, pintu reban pun tertutup rapat. Di dalam reban itulah mereka 'berasmaradana' ditemani beberapa ekor ayam.  Tahulah, ini reban ayam besar, bukan reban kecil kat kampung tu.

Hakim Pun Hairan Juga

Dalam mahkamah, dituduh seorang wanita yang sudah bersuami dengan lelaki Indonesia bujang dalam reban ayam. Bila saya baca pertuduhan dan fakta kes, tertuduh mengaku salah. Apabila hakim tanya, adakah semua fakta yang dibaca pendakwa itu betul atau tidak, dia jawab betul.

Rasa saya, hakim pun mungkin agak hairan dengan kes ini iaitu kejadian dalam reban. Hakim tanya tertuduh keadaan yang sebenar, nakkan kepastian.

"Betul ke semua fakta yang dibaca pendakwa tadi ?". Tanya hakim.

" Betul Tuan Hakim". Jawab kedua-duanya.

"Jadi betullah kena tangkap dalam reban ayam ?". Tanya hakim lagi,  nak betul-betul pasti.

"Yer, betul tuan hakim". Kata orang tu.

"Jadi awak masuk dalam reban tu dengan lelaki tu ?". Hakim tanya lagi.

"Yer". Keduanya jawab danbil mengangguk.

Memang kelakar, dalam reban ayam pun boleh buat kerja terkutuk ni. Kan bersepah tahi ayam tu. Agak-agak berselera juga dia orang buat kerja ni kat tempat camni.  Kat tempat busuk pulak tu, isteri orang dan suami orang pula tu. 

11 Disember 2009

Banyak Betul Anai-anai di Kedai Judi


Dulu, saya tangkap seorang lelaki sedang beratur nak beli nombor ekor. Bila tahu kehadiran penguatkuasa, dia cuba melarikan diri tapi gagal.

Bila soalsiasat di pejabat, dia kata dia ke kedai judi tu dalam tugas iaitu nak periksa anai-anai. Dia memang bekerja dengan syarikat pengawal anai-anai di Johor Bahru sambil menunjukkan kad kerjanya. Cuma waktu ditangkap, dia tiada sebarang alat untuk periksa anai-anai, maklumlah profesional. Cerita rekaannya tak kemana bila dia dituduh juga di Mahkamah Syariah, kemudian mengaku salah.

Rumah Lelong Episod 8 : ( Rumah Berhantu )

Baru-baru ni saya bawa kawan saya tengok rumah lelong.  Dia minat nak beli sebuah kondo di tingkat 2 di pinggir bandaraya Johor Bahru. Rumah tu dibuka untuk lelong RM 80,000 sedangkan harga beli dulu dalam tahun 2003 adalah RM 145,000. Oleh kerana dah minat, kawan saya tu ajak saya tengok rumah 2-3 hari sebelum masuk lelong.

Sampai di lokasi, tercari-cari juga mana satu rumahnya sebab tiada pun notis lelongan. Bila jumpa rumah tu dan pastikan itu rumahnya, kami rasa rumah tu sesuai dibeli. Tak lama kemudian ada seorang lelaki iaitu jiran sebelah keluar dan menegur kami. Dia tanya, kami cari rumah siapa. Saya kata nak tengok rumah orang nak jual. Lepas tu terus dia kata,

"Yang rumah lelong bank ke ?"
"Yer" Saya jawab, disebabkan dia dah  tanya. Sepatutnya masa tengok rumah lelong ni jangan dedahkan rahsia.

Lepas tu dia kata lagi.

"Rumah ni dulu ada orang mati bunuh diri. Pembantu rumah Indonesia dia gantung diri dalam bilik. Sebab tu tak ada orang nak beli rumah ni. Dah banyak kali lelong. Nak sewa rumah ni pun susah, penyewa cabut lari kena kacau".
Lelaki itu kata, kemudian dia terus turun naik lif, mungkin dia ada hal nak pegi mana-mana.

Lepas tu, kami keluar dari kondo tu dan pegi minum kat kedai mamak. Sambil tu kami berbincang pasal rumah tu. Kami berdua ambil keputusan batalkan hasrat nak ambil  rumah tu. Gila ker mahu beli rumah berhantu. Kalau orang tak beritahu tak apa, ni ada orang beritahu, mesti terbayang-bayang. Kalau tak beritahu, belum tentu hantu tu ada.

Ok. Hari lelongan, memanglah kami tak jadi masuk tapi nak tengok juga lelongan tu. Ramai orang yang masuk sebab banyak lelongan hari tu dalam 30 biji. Apa yang  mengejutkan, rumah yang dikatakan berhantu tu ada orang membida (masuk lelong), seorang pula tu. Maka sudah pasti orang tu yang akan dapat rumah tu RM 80,000. Yang paling mengejutkan pula, orang yang masuk membida tu adalah jiran sebelah tadi  yang kata ada hantu tu. Rupanya dia tipu kami. Dia yang nak rumah tu sebenarnya, sebab tu dia buat cerita yang bukan-bukan. Saya terus balik, meluat tengok lelaki tu, dia pun nampak dan kenal saya. Buat muka macam tak bersalah jer dia..

Nasihat saya, kalau nak beli rumah lelong, kena ada keputusan sendiri dan jangan termakan dengan cakap orang yang kita tak kenal...... Tipah tertipu bang......Tetipah... Tetipah... Tipah Tertipu Lagi....

.........BERSAMBUNG KE EPISOD 9
http://ustazkhalil.blogspot.com/2011/05/rumah-lelong-episod-9-simpati-dengan.html

10 Disember 2009

Bilal Terlampau


Dulu waktu saya buat operasi judi di Johor Bahru, tangkap beberapa orang dalam jam 6.30 petang. Semua saya suruh cari penjamin. Tapi ada seorang tu dalam keadaan tergesa-gesa kata dia kena balik cepat. Saya kata, tak perlu cepat-cepat, kalau penjamin lambat pun kami boleh tunggu. Ok, dia pun senyap je.

Tapi lepas tu dia datang jumpa saya semula kerana katanya ada hal sangat penting dia kena balik. Mula dia tak mahu cerita apa yang penting. Bila saya tolak, akhirnya dia terpaksa mengaku.

"Saya bilal surau, saya kena balik cepat, nak azan Maghrib". Alamak, dia kata begitu, lagi lah saya marah dan tak beri dia balik. Esok tu, hasil siasatan, dia memang bilal, petang semalam tu orang lain yang azan.

Rompak Kedai Emas. Ada Pukau atau Kecuaian ?


Akhbar hari ini menceritakan kes rompakan di sebuah kedai emas di Pasar Payang Kuala Terengganu. Boleh kata kebanyakan akhbar kata ini 'kes pukau'. Betul ke tidak ada pukau ini ? Cerita pukau ini mungkin dari kata-kata saksi atau anggapan pihak media saja, bukan kenyataan polis. Pihak media janganlah terus meletakkan cerita 'pukau' ini sebagai tajuk utama. Pastikan dulu. Jangan pandang ringan, cerita ini boleh sampai merosakkan akidah orang Islam. Bab syirik dan khurafat ini jangan dipandang remeh.

Saya biasa ke Terengganu. Yang saya hairan, kebanyakan kedai emas di sana terutama milik peniaga Melayu kurang kawalan keselamatan. Ada beberapa kedai yang tiada pengawal keselamatan lansung. Pergerakan dalam membawa barang kemas bernilai ribuan malah jutaan ringgit juga dibawa menggunakan kenderaan biasa, bukannya kenderaan keselamatan. Kedudukan kedai emas di sekitar Pasar Payang yang sesak juga memudahkan perompak.

Ikutlah contoh pihak bank. Bank di Johor Bahru ke Kuala Lumpur pun, semua kawalan keselamatannya baik. Di Terengganu pun, semua bank ketat keselamatannya, mana ada bank yang longgar macam sesetengah kedai emas.

Pernah saya tanya orang sana, kenapa keadaan keselamatan di kedai emas di sana kurang ketat. Dia kata.

"Sini jenayah tak banyak, tak macam kat Johor". Sekarang, bila dah berlaku, baru sedar. Jadi, fikir-fikirkanlah bersama... Mungkin ini juga adalah kecuaian pemilik kedai sendiri.

Janganlah Marah Suami Kahwin Lagi....


Seorang isteri bising-bising di Mahkamah Syariah, nak tuntut cerai secara fasakh kerana suaminya berkahwin satu lagi di Thailand.

"Saya tak sanggup dimadu, kalau isteri baru dia tu orang baik tak per. Ini dia kenal perempuan tu kat karaoke. Dah tentu ler perempuan tak senonoh. Entah apalah dia ilmukan suami saya tu. Senang-senang saja rampas suami orang".

Nampaknya 'temperature' dia dah naik dan tak boleh ditenangkan lagi. Ini kalau kira enjin kereta air dalam radiator dah kering betul, berasap habis, dan boleh terbakar masa panas dah naik. Yang ada dalam kepala dia cuma cerai, cerai, cerai.

 Selepas separuh kes berjalan di mahkamah, akhirnya suaminya melepaskan cerai secara baik iaitu sebelum kesnya selesai. Maka puashatilah si isteri dapat cerai.

Tetapi, kira-kira setahun selepas itu, seorang wanita  umurnya 38 tahun datang ke pejabat untuk mendaftarkan perkahwinannya yang dah nikah di Thailand. Dia kahwin dengan lelaki suami orang dalam usia 40-an. Rupanya, wanita itu adalah yang saya jumpa setahun dulu yang marah bila suaminya kahwin lagi. Sekarang dia pula kahwin dengan suami orang, tidakkah itu namanya rampas suami orang juga ? Ya atau tidak ?

09 Disember 2009

Susahnya Nak Hidup Insuran Moto (Episod 6)

Tadi kawan saya pergi ke sebuah pejabat Pos  nak hidup insuran moto Honda ex-5. Petugas di kaunter tu kata, dia tak ambil insuran untuk Honda moto ex-5 dan Yamaha 135 LC. Kawan saya tu tanya alasannya. Orang tu kata, dia tiada kadar yang tepat untuk moto ex-5 dan Yamaha 135 LC.

Kawan saya tu pergi ke sebuah syarikat takaful, juga gagal. Orang tu kata, dia tak boleh kasi insuran sebab dah lebih 5 tahun. Jadi, moto kawan saya tu tahun 2003, dah kira 6 tahun. Kemudian, kawan saya pergi ke satu lagi insuran , barulah dapat. Tapi bayarannya mahal RM 180 lebih untuk first-party, terpaksa juga ambil.

Ok. Yang pertama di pejabat pos tadi, betul ke dia kata dia tak ada kadar untuk 2 jenis moto ini ? Atau itu satu penipuan ? Kalau betul dia tidak ada kadar tu, bila pula dia nak dapatkan kadar tu ? Kan sekarang ada komputer, internet dan telefon, kenapa tak boleh dapatkan kadar tu. Bila agaknya dia dapat kadar tu... esok ? lusa ?...belum tahu. Atau pun sengaja nak tolak moto jenis ex5 dan Yamaha ni ?

Ok. Kalau kita tanya pegawai polis di mana-mana pun di seluruh negara, tanya dia moto jenis apa yang paling banyak kena curi ? Jawapannya, yang paling banyak adalah Honda ex-5 dan yang kedua Yamaha 135 LC. Jadi, jawapan mengatakan tak ada kadar tu mungkin satu alasan nak tolak permohonan ni saja. Kenapa tu ? Syarikat insuran takut rugi ker ? Jangan lah gitu... Kalau dengar cakap agen insuran hayat, waktu nak tarik pelanggan, dia kata syarikat dia untung saja. Tapi, dalam soal ni, janganlah takut rugi pulak.

Kedua, syarikat takaful tu tolak moto yang dah lebih 5 tahun sebab apa ? Mungkin takut sebab dengar nama Honda ex-5 ? Apa beza honda ex5 tahun 2003 (dah 6 tahun )dan 2005 (baru 4 tahun), sebenarnya sama saja. Kalau moto rosak, pemilik repair sendiri, bukan mintak duit kat insuran.

Insuran yang ketiga dia pergi tu terima, lapanglah juga hati kawan saya tu walaupun bayarannya mahal. Tapi apa boleh buat, terima sajalah. Kepada orang ramai yang baca artikel ni, kalau anda ada ruang untuk menyuarakan rasa hati rakyat, panjangkan cerita ini. Orang yang bawa moto ni bukan orang berada sangat, tapi mereka jangan dipinggirkan. Orang yang tak mengalami memanglah tak tahu susah payah nak hidup insuran macam ni. Kalau ada pihak berkuasa atau berwajib, cuba atasi masalah ini untuk kebaikan bersama.

Kisah Kereta Episod 7, klik sini

Hantar Gas Ke Kedai Judi ?


Kalau dah kaki judi, kaki judi juga. Bila dah kena tangkap macam-macam alasan yang keluar. Masa kena tangkap, bergelut nak melepaskan diri. Bila dah tak dapat lari, banyak pula alasan pada penguatkuasa. Kalau tak salah, mengapa cuba nak lari ? Menyerah sajalah dan buat penjelasan, kalau tak salah.

"Saya kerja hantar tong gas, saya nak hantar gas, bukan nak beli nombor ekor". Alasan orang tu.

Lelaki ni memanglah kerja hantar gas. Waktu kena tangkap, tong gas dia atas moto depan kedai nombor. Kedai judi tu bukan restoran nak hantar gas. Kalau yer pun, buatlah alasan yang logik sikit. Akhirnya tertangkap juga. Mungkin orang ni panik dan tak sedar yang alasan dia memang tak masuk akal. Kesian betul dia, kerana itu sajalah alasan yang dia mampu beri.

Imam Terlampau




TAMPIN: Seorang imam berusia 58 tahun ditahan reman selama empat hari mulai semalam kerana disyaki mencabul seorang pemuda berusia 22 tahun ketika memberikan rawatan tradisional di sebuah hotel di sini, malam kelmarin. Pemuda itu mendakwa ketika dirawat, imam yang bertugas di sebuah masjid di daerah ini meraba dadanya, mengusap kedua-dua cuping telinga, mengucup bibir dan memegang zakarnya.

Terkejut dengan kaedah rawatan luar biasa itu, pemuda itu menyarungkan pakaiannya dan segera melarikan diri daripada bilik hotel dan membuat laporan polis. Menurut sumber, pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu bertemu imam terbabit untuk mengubati penyakit yang dihidapinya dan setiba di stesen bas Pulau Sebang dekat sini, dia dibawa ke sebuah hotel di Jalan Seremban-Tampin.

"Mangsa diminta berbogel untuk proses rawatan. Mula-mula, imam terbabit melakukan urutan ke seluruh badan. Mangsa terperanjat apabila dadanya diraba dan kedua-dua cuping telinga diusap. Dia kemudian mengucup bibir dan memegang zakar mangsa.

"Tersentak dengan rawatan luar biasa itu, mangsa mencapai dan menyarung pakaian lalu melarikan diri dari bilik hotel. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Tampin," katanya.

Sumber itu berkata, imam terbabit sebelum ini disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak yang mengaji al-Quran dengannya, tetapi kes diselesaikan oleh imam itu dan keluarga mangsa tanpa dilaporkan kepada polis.

08 Disember 2009

Pakaian dan Pergaulan Wanita Sekarang...



Saya menerima satu email dari pambaca blog saya. Beliau meminta pandangan saya untuk mengatasi persoalan tersebut. Dua tiga hari saya memikirkan jawapan yang sesuai, namun saya rasa pandangan saya mungkin belum mampu untuk memberi jawapan yang sebaiknya. Jadi saya serahkan kepada pembaca-pembaca blog saya untuk berkongsi pandangan.

"Saya mempunyai ramai kenalan wanita yang lebih ramai berbanding lelaki. Apabila usia semakin dewasa saya dapati ramai di antara rakan saya yang semakin berubah seiring dengan perubahan usia dan keadaan persekitaran.

Saya lihat rakan saya daripada bertudung kini sudah tidak bertudung dan semakin sikit jumlah kain pada pakaian mereka. Mereka namakan sebagai moden. Itu tidak lagi saya perkatakan tentang pergaulan mereka.

Saya sangat sedih dengan keadaan mereka. Hairan kenapa mereka berubah. Nak nasihat... ada yang dah bersuami. Suami pun macam x kisah.

Apa pandangan tuan kadi pada keadaan ini dan apa yang boleh saya lakukan? "
PEMBACA SILA BERI KOMEN...

30 Orang Terkaya di Malaysia


1. Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc) GAMBAR DI ATAS.
2. Ananda Krishnan - $7.2 billion (Maxis, Astro)
3. Lee Shin Cheng - $5.5 billion (IOI Group)
4. Teh Hong Piow - $3.5 billion (Public Bank)
5. Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
6. Quek Leng Chan - $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)
7. Yeoh Tiong Lay & family - $2.1 billion (YTL Corp)
8. Syed Mokhtar AlBukhary - $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)
9. Vincent Tan - $1.3 billion (Berjaya Group)
10. Tiong Hiew King - $1.1 billion (Rimbunan Hijau)
11. Azman Hashim - $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)
12. William H. J. Cheng - $660 million (Lion Group, Parkson)
13. Lee Swee Eng - $495 million (KNM Group)
14. Ong Beng Seng - $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)
15. Lim Kok Thay - $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)
16. Vinod Sekhar - $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)
17. Lee Oi Hian - $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)
18. Yaw Teck Seng - $295 million (Samling Group)
19. Anthony Fernandes - $290 million (AirAsia, Tune Hotels)
20. Mokhzani Mahathir - $285 million (Kencana, authorized Porsche importer)
21. Kamarudin Meranun - $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)
22. Jeffrey Cheah - $275 million (Sunway Group)
23. Lee Hau Hian - $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)
24. Chong Chook Yew - $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)
25. Yaw Chee Ming - $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)
26. G. Gnanalingam - $230 million (Westports Malaysia)
27. Lim Wee Chai - $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)
28. Kua Sian Kooi - $195 million (Kurnia Asia, insurance)
29. Lau Cho Kun - $185 million (Malaysian Mosaic)
30. Abdul Hamed Sepawi - $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

07 Disember 2009

Pintu Taubat Masih Terbuka



Allah Maha Pemurah. Sebagai buktinya adalah Allah tidak pernah mengabaikan hamba-Nya yang berharap. Allah tidak menghampakan harapan hamba-Nya yang meminta. Jika harapan hamba besar kepada Allah, maka besar pula pemberian Allah kepada mereka. Percayalah.... Allah akan memberi jalan keluar, pertolongan dan mengkabulkan doa mereka.... Sebaik-baik jalan adalah Taubat.



Mohd Fadzil Min bin Bahari, umur 36 tahun telah menukar jantinanya kepada 'perempuan'. Namanya kini 'Fatine' seorang jurusolek, sekarang sudah bernikah dengan lelaki Britain, Mei tahun 2009 di England. Dia kini sedang menghadapi masalah kerana terpaksa pulang ke Malaysia untuk memperbaharui visanya tidak lama lagi.

"PEMBACA-PEMBACA SEKALIAN, SILA KOMEN"



06 Disember 2009

Penyanyi "Dia Datang Dengan Lenggang Lenggoknya" akhirnya kecundang


Artikel saya sebelum ni cerita tentang penyanyi lelaki umur 50-an yang menjadi penyanyi di depan kedai judi nombor ekor.

"Dia datang, dengan lenggang lenggoknya"
"Dia datang, dengan lemah gemalainya".

Terbakarnya perasaan saya tiada siapa yang tahu. Kes-kes lebih besar dan mencabar sebelum ini boleh selesai, tapi kes ini, saya gagal. Saya sendiri beberapa hari menyamar di kawasan tersebut, termasuk menyamar jadi jurujual.

Hasil risikan,saya dapati lelaki itu bukan saja jadi penyanyi tetapi beberapa ketika dia juga seorang pembeli juga. Yang menghairankan saya, dia banyak kali keluar dan masuk kedai tetapi tidak membawa keluar sebarang tiket. Kesimpulan saya, dia juga jadi agen  kepada  orang Islam yang takut beli judi. Dia berunding di luar kedai selepas berjaya mendapat pelanggan, dia akan masuk membeli. Tapi dia tak tunggu di dalam kedai, dia serah duit pada tauke, bila proses mencetak resit selesai, baru dia masuk semula.

Setelah semua risikan sudah selesai, saya mengadakan taklimat khas kepada penguatkuasa untuk menangkap penyanyi 'dia datang' ini. Maka saya dan penguatkuasa menyamar dengan pelbagai cara berdekatan kedai judi itu. Kelihatan lelaki itu sedang mendekati beberapa orang lelaki Melayu, mungkin untuk menyuruh lelaki itu membeli nombor. Tak lama kemudian, lelaki itu masuk dan pantas saya dan beberpa penguatkuasa masuk ke kedai judi. Dia ditangkap, nombor ekor sudah dibeli tetapi belum sempat diambil. Memang dia tak ambil dulu tiket itu, itu taktik dia.

"Saya tak beli, saya tak beli !" Dia menjerit sambil meronta tapi gagal melepaskan diri. Kemudian dibawa ke dalam van. Dalam van ada penguatkuasa menyindir.

"Tak pasang radiolah van ni. Sunyi jer ". Kata seorang penguatkuasa. Kemudian pemandu pasang radio. Kemudian penguatkuasa itu kata.

"Tak best ler lagi tu. Lagu ni legi best... Dia datang, dengan lenggang lenggoknya. Dia datang dengan lemah gemalainya ". Semua tergelak, saya pun tergelak menandakan kepuasan hari ini. Tapi lelaki tu jer yang tak gelak, tapi buat muka sedih. Tahulah nasib dia ni lepas ni.

Jangan tak tahu, berada di dalam kedai judi pun boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


04 Disember 2009

10 Minit RM 50


Ini kisah saya menyamar di tempat pelacuran di Johor Bahru. Pelanggannya yang paling ramai adalah warga asing seperti Bangla dan Indonesia, ada juga Melayu tapi tak ramai. Pelacurnya pula Cina yang bukan Islam yang bertaraf makcik-makcik. Dalam kes ini, pelacuran menggunakan hotel secara terang-terangan. Bagaimanapun, pelacur Cina yang dalam bilik itu setiap hari didaftarkan sebagai penyewa. Pelik juga kalau seorang wanita hari-hari jadi penyewa di situ.

Jadi, kaunter untuk menyewa bilik, dijadikan tempat bayaran untuk melanggan pelacur. Bila sampai di sana, mulakan lakonan dalam penyamaran

"Sekali projek berapa ringgit ? ". Saya tanya tauke tu.

"Sini tak kira satu projek, sini kira masa. Satu minit, RM 50". Tauke tu jawab.

"Kalau lebih 10 minit macam mana ?" Saya tanya lagi.

"Kalau lebih sepuluh minit, kita orang ketuk pintu, bayar 50 ringgit , boleh sambung 10 minit lagi. Tak bayar kena berhenti". Nyonya tu kata.

"Aiyoo, itu macam ke. Ok, lain hari gua mari lagi". Kata saya dan terus balik. Cukuplah untuk hari itu, maklumat dah disahkan tepat. Maklumat dan pelanggan dah dapat. Selang beberapa hari, serbuan pun dibuat.

Yang kelakarnya, bila ketuk pintu, ada Mat Indon tu tengah projek. Masa kena ketuk, dia jerit kuat-kuat.

"Tauke ! Belum 10 minit sudah kacau ke ?". Mat Indon tu ingat penguatkuasa ni tauke. Dia masih tak buka pintu.

"Bukak dulu, mahu kira duit semula". Saya kata.

"Apalah ini macam punya tauke, biikin susah aja". Mat Indon tu jawab dari dalam bilik. Bila bukak saja, kena tangkap. Pakai seluar saja, tali pinggang tak lekat, baju tak pakai.

03 Disember 2009

Isteri Tak Bantu Suami Niaga


Tahun lepas, saya mengikuti satu kursus masakan nasi ayam Hainan di Melaka. Saya berkenalan dengan seorang peserta dari Melaka. Sampai sekarang, dia tidak tahu saya kerja apa, yang dia tahu saya kerja sendiri. Memang betullah, waktu itu saya sebagai Pendakwa Syarie di Johor Bahru, kerja sendirilah tu, bukan orang lain bekerja untuk saya.

Katanya dia sekarang berniaga kedai runcit dan perniagaannya sekarang semakin tenat kerana kewujudan pasaraya besar di Melaka dengan banyaknya. Maka dia sudah dan merancang untuk mengubah perniagaannya dalam bidang makanan pula. Memang benar, perniagaan dalam bidang makanan mempunyai peluang yang terbuka luas untuk kita orang Islam. Saya pun beri semangat dan galakan pada dia.

Sebelum ini dia sudah beberapa kali mengikuti kursus berbayar yang dikendalikan oleh chef berpengalaman. Antaranya kursus buat air soya dan yang berkaitan dengan soya. Ceritanya lagi, pada bulan Ramadhan lalu, dia berniaga di bazar Ramadhan. Alhamdulillah, perniagaannya maju dan memuaskan. Dia ada dua orang lelaki pembantu di bazarnya. Jadi, tiada masalah besar di bazar.

Bagaimanapun, kerjanya di rumah banyak juga  untuk menyiapkan bahan untuk dijual. Malangnya, isterinya tidak membantunya untuk menyediakan hasil jualan. Ceritanya lagi, isterinya lebih rela baring depan tv tengok astro, yang paling minatnya cerita hindustan. Jadi tinggallah suaminya seorang diri setiap hari dalam bulan Ramadhan bertungkus lumus menyiapkannya. Seronok dengar dia bercerita, apatah lagi orang Melaka yang bercerita, tak ada simpan-simpan, habis terburai satu persatu cerita rumahtangganya. Cuma cerita kain terburai jer tak cerita.

"Habis tu bang, isteri abang ada beri semangat ke ? Saya tanya dia.

"Semangat ? Jangan haraplah nak beri semangat, makin menjatuhkan semangat adalah". Jelas abang tu.

"Tahu tak, abang beli mesin nak buat soya dia bising, dia kata menyemak kat rumah" Tambahnya.

"Ini lepas ni, abang nak beli apollo (tempat bakar ayam), mesti isteri abang lagi bising". Awal-awal lagi abang ni dah buat tekaan. Betul le tu, dia lebih tahu, itu isteri dia, sikap isteri dia pun dia kenal.


Inilah cerita masyarakat.... Ini antara sebab orang Melayu tak berapa berjaya dalam perniagaan, sebab sikap bukan tak pandai. Kenapa orang Cina boleh berniaga makanan dan yang makannya Melayu juga. Kuih Pau Ahmad taukenya Cina tapi orang Melayu yang ramai mengkayakan dia.


Ceramah Saya Kepada Usahawan
 
Saya bawa cerita ini waktu saya berceramah kepada bakal-bakal usahawan di Hotel Nagaria, Kluang beberapa bulan lepas. Yang hadir dalam ceramah tu semua 50 orang bakal usahawan makanan terdiri daripada siswazah mengganggur, yang baru diberhentikan kerja dan ada juga peniaga. Kursus dibiaya oleh kerajaan selama 3 bulan. Orang yang kursus itu juga dapat elaun RM 500 sebulan. Saya berceramah motivasi selama 2 jam, mereka dengar dengan khusyuk. Lepas ceramah, waktu makan, ramai peserta yang berkerumun dan nak berbual dengan saya berkenaan beberapa isu yang saya sentuh dalam dunia perniagaan.

Ada peserta yang hairan, bagaimana seorang kadi boleh berceramah bab ekonomi macam seorang peniaga yang ada pengalaman. Saya kata, saya banyak pergi kursus keusahawanan, saya suka tengok orang berniaga, cuma saya tidak berniaga saja. Saya pun suka komplain masakan orang kat kedai, itulah saya. Ada pula peserta yang tidak lama lagi nak bersara dari tentera. Dia kata,
 
"Terima kasih tuan kadi, saya berjanji nak sahut cabaran tuan kadi tadi. Lepas habis kursus, saya terus nak niaga. Kita kena berani, tapi berani saja kalau takde pengalaman takde makna".
 
"Betullah tuan cakap, isteri saya pun sedikit pun tak beri sokongan saya berniaga, dia kata lebih baik saya kerja  jaga (pengawal) daripada berniaga. Dia lebih sanggup saya jadi jaga"
 
Nasib baik mulut saya tak gatal. Kalau mulut saya gatal, saya cakap saja..


"Kawin lagi satu lah bang, nanti saya uruskan". Saja jer menambah, jangan marah.




Hati-hati dengan awek cun



Baru-baru ni saya pegi kedai handphone kat JB. Datang tengok-tengok harga telefon. Lepas tu datang awek cun kat sebelah, cun lagi seksi. Seksi itu sungguh menyiksakan. Dia nak beli top up. Lepas tu datang 2 orang lelaki  umur dalam 20-an datang nak top up juga. Tertarik dengan awek cun tu, salah seorang lelaki tu tegur awek tu.

"Pegi mana adik ? Boleh berkenalan ke ?" Tiba-tiba awek tu jawab.

"Yer le, nak top up. Nak belanja top up ker....".

Alamak, rupanya suara dia garau macam lelaki, ini bukan perempuan, rupanya pondan. Saya tergelak tak boleh tahan, sampai perempuan yang jual top up tu pun tersipu-sipu nak menahan gelak. Lelaki yang tegur tadi tu nampak merah muka, terdiam tak terkata.

Hadiahkan Rantai Leher Isteri Muda


Beberapa tahun lepas, seorang isteri mengadu pada saya, nampaknya marah sangat pada suaminya. Oleh kerana beriya-iya nak bercerita, saya berikan laluan. Ceritanya begini... Ulangtahun perkahwinan ke 10 nya, suaminya hadiahkan rantai leher, besar dan mahal pula tu. Gembiranya hati si isteri, lebihlah sayangnya pada si abang. Macam pengantin baru (ni saya saja je tambah hehehe).

Tetapi 2-3 bulan kemudian, si isteri dapat panggilan telefon dari seorang perempuan yang tidak kenali. Perempuan tu mintak semula rantai tu, katanya itu rantai dia. Rupanya itu isteri kedua suaminya. Jadi perang besar, lebih ganas dari perlawanan wresling Stone Cold Steve Austin lawan Bret Hart merebut talipinggang juara WWF tahun 1999.

Saya pun pelik, kes begini pun boleh berlaku. Rupa-rupanya, isteri muda tahu lelaki yang dikawhwininya sudah berkahwin. Dia juga berjanji tidak membocorkan maklumat kepada isteri pertama. Apatah lagi nak menyerang isteri pertama, lagilah tak mungkin. Itu janji dan perjanjian pengantin dua sejoli. Perjanjian merahsiakan itu hanya bertahan 2 tahun saja. Bila suami pinjamkan rantai leher, mulanya isteri kedua kasi, tapi pinjam sekejap je sempena ulangtahun ke 10.

Tapi suami kantoi bila tak berjaya nak mintak semula rantai tu dari isteri tuanya walau apa cara dah dilakukan termasuk pujuk memujuk. Isteri tuanya pulak dah cerita kat jiran-jiran sebelah dan ahli-ahli mensyuarat tingkap lain yang dia dapat hadiah rantai mahal. Maklumlah, rantai ni 'abang sayang' yang kasi. Amboiiii, mula-mula 'abang sayang', last-last  'pinggan melayang'.

Masa suaminya kantoi, suami dia tak balik rumah 3 hari, cammana nak balik, nak cari nahas ? Hari ketiga balik juga tapi taklah dengan kaki dan tangan berbungkus macam filem Madu Tiga. Suaminya balik sihat, kemudian habis dibalingnya rantai lehar kena cermin kereta sampai retak. Kesian si suami kena kutip rantai kat bawah. Inilah kisah rumah tangga, patutnya jangan baling rantai tu, jual saja kat kedai emas, dapat juga duit.

02 Disember 2009

Penyanyi "Dia Datang Dengan Lenggang Lenggoknya" Penyelamat Kaki judi

Kalau orang Johor, apa lagi orang Muar (Muo) macam saya sudah tentu biasa dengan lagu "Dia datang...dengan lenggang lenggoknya". Ini lagu ghazal Muar yang penyanyinya cukup popular tahun 70-an. Lebih menarik, penyanyi ini menyanyi diiringgi dengan muzik gambus, bukan gabus tutup botol tu. Waktu kecil dulu, arwah Pakcik saya selalu pasang lagu ni guna piring hitam, bukan macam kaset atau vcd macam sekarang. Lagu ni, walaupun dah lama, masih popular dalam arena ghazal.

Waktu saya operasi judi ekor di bandar Johor Bahru waktu tengahari, susah nak tangkap orang dalam kedai nombor tu. Bukan kerana orang yang beli tu sedar dengan kehadiran  penguatkuasa, tapi ada orang Melayu yang jaga kedai tu. Lelaki dalam lingkungan 50-an tu berdiri depan kedai. Kalau dia sedar kehadiran penguatkuasa, dia akan menyanyi lagu, "dia datang... dengan lenggang lenggoknya" "dia datang, dengan lenggang-lenggoknya". Kerja dia untuk beritahu orang dalam kedai tu supaya cepat lari, nak melindungi perbuatan dia tu, dia gunakan isyarat menyanyi. Yer le, kalau nak berteriak dengan perkataan lain seperti "lari lari !" mesti takut dengan penguatkuasa.

Jadi, dengan adanya penyanyi jalanan ni, walaupan suara dia tak sesedap penganyi ghazal sebenar tu tapi kehadirannya berjaya menyelamatkan ramai kaki  judi. Tak tahulah saya, dia dapat duit ke tak dengan tugas dia tu. Beberapa kali serbuan, gagal mendatangkan hasil, pening juga kepala saya dibuatnya. Dicampur dengan perasaan geram dan marah.

Mana taknya, tercabar juga saya sebagai penguatkuasa yang kononnya profesional yang dah pergi kursus dengan pakar-pakar, kes sesimple ini pun tak dapat selesai. Pening memikir cara terbaik, nak tangkap lelaki tu tak boleh pulak. Mesti dia tak mengaku, dia mesti kata penguatkuasa salah guna kuasa tangkap orang yang menyanyi tepi kedai, bukan dia masuk dalam......

Maka terngiang-ngiang le telinga saya dengar lagu Ghazal Muar tu. Waktu tu kalau ada radio yang buka lagu tu mesti lagi saya panas.
BERSAMBUNG KE EPISOD 2:
http://kadikluang.blogspot.com/2009/12/penyanyi-dia-datang-dengan-lenggang_06.html


01 Disember 2009

Perempuan Ini Sebenarnya Anak Luar Nikah



Seorang bapa, ibu dan seorang wanita masuk ke bilik saya. Lepas bersalaman, dia pun cerita, ceritanya terus terang saja tiada selindung-selindung. Cemas juga saya pada mulanya berhadapan dengan orang sebegini.

"Tuan Kadi, ini anak luar nikah saya. Masa saya nikah dulu, isteri saya dah mengandung 7 bulan". Cerita lelaki tersebut.

Kemudian saya lihat surat nikah bapanya, nikah Febuari 1987. Anaknya pula lahir April 1987. Memang sahlah ini anak luar nikah dan tak sah taraf walaupun sudah dibintikan kepada bapanya. Anak perempuan dia tu nak melansungkan perkahwinan, saya arahkan dia ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pernikahan menggunakan wali hakim.

Pengajarannya kepada kita.......waktu sebelum nikah, jauhkan dari perbuatan zina. Kalau  hanya melibatkan kesalahan suami dan isteri mungkin boleh dilupakan. Perkara ini dah berlaku 22 tahun dulu. Tetapi anak perempuan itu, pasti menghadapi gangguan mental di antara maruah ibu bapa dan harga diri. Anak yang lahir itu tidak berdosa, lahir ibarat kain putih. Tetapi ibu bapa yang mempalitkan dosa kepada anak itu, sehingga anaknya malu berhadapan dengan masyarakat.