Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Januari 2010

RUMAH LELONG : KONDO LEBIH BAIK DARI RUMAH BAWAH ? (Episod 3)

Dalam episod ini, saya nak jawab soalan dari pembaca dalam episod kedua lepas, di mana saya kata saya lebih suka duduk kondo dari duduk rumah bawah. Soalannya berbunyi,

"Salam tuan, kebanyakkan orang kita suka beli rumah bawah, bak kata dorang senang, nak parking kete pun depan mata je, apa2 hal tak susah. tapi pandangn tuan macam berbeza skit. tuan suka kondo atau pangsapuri? kenapa ye? cite la tuan.."

Jawapan saya :
Sebelum saya jawab, saya nak beritau, saya pernah duduk kondo/pangsapuri di Pangsapuri Kerajaan Bukit Chagar sebelum dirobohkan, lepas itu kondo Persiaran Tanjong Bukit Alif. Pernah juga duduk rumah bawah di Taman Perling, kemudian di Bandar Baru Uda. Secara peribadi, saya boleh buat perbandingan.

Keselamatan

Duduk  kondo lebih selamat dari duduk rumah bawah. Duduk bawah, banyak berlaku jenayah terutama di JB. Di sebelah rumah saya di Bandar Baru Uda, kena ceroboh waktu hujan jam 11 malam, penghuni ada di rumah. Banyaklah tempat terutama di JB, rumah vvip pun kena ceroboh, rumah pegawai kanan polis pun kena. Ada kes rompak sehingga berlaku kematian dan kecederaan. Di kondo ada pengawal keselamatan.

Tetamu Tak diundang

Kekadang datang jurujual, kekadang peminta sedekah (yang menipu), kekadang datang guris dan menang. Macam macam gangguan duduk rumah bawah. Kalau kondo, ada pengawal sekat.

Sampah

Di kondo, sampah diuruskan oleh pihak pengurusan, boleh kata tiap hari pungut. Di rumah bawah, belum tentu pungut. Waktu saya duduk di Bandar Baru Uda, dalam 3-4 kali seminggu diangkat, kekadang ada tertinggal. Masalahnya, waktu tak pungut, sampah berbau, berulat dan diselongkar anjing.

Tikus

Kalau duduk rumah bawah yang ada tikus dan anai-anai, maka tak boleh elaklah.

Nyamuk

Banyak kawasan di bandar banyak kawasan denggi. Kalau kondo, tingkat atas nyamuk tak lepass naik. Macam rumah saya tingkat 13, nyamuk tak cukup kepak nak terbang.

Parking kereta

duduk kondo ada parking di petak yang disediakan. Kalau rumah bawah, ada dua kereta, nak keluar kereta yang kat dalam, bukan mudah. Lebih lagi kalau jalan sempit, kekadang pagar tak boleh kunci, merbahaya tu. Kereta letak jauh sikit pun tak apalah, yang penting kereta kita selamat, takkanlah tidur pun nak renung kereta.

Curi Moto

Kawasan perumahan lumayan kepada pencuri moto terutama rumah bawah, dalam pagar pun dia masuk. Kawan saya kena rembat siang-siang masa dia tengah tengok tv.

Kos pembaikan tinggi

Kepada suami, elakkanlah beli rumah bawah. Nanti  kalau ada duit lebih sikit, isteri goda supaya tambah depan sikit belakang sikit. Pada saya, ada duit, simpanlah, buat beli rumah lain lagi baik, daripada ubahsuai. Duduk kondo nak tambah tambahlah kalau boleh.

Mesin Rumput

Jangan anggap mesin rumput satu kerja mudah. Kalau ada rumput sebesar saiz kereta, upah dia RM 30. Kalau depan belakang dalam 100 sebulan. Kalau setahun 1200, banyak woo.

Ketenangan

Yang paling penting pada saya, duduk kondo ini tenang. Jiran biasa tak sibuk-sibuk nak ambil tahu pasal kita. Jadi, umpat mengumpat tu berkuranganlah. Jadi, saya lepas balik kerja, masuk rumah dengan tenang je. Contohnya duduk rumah bawah kekadang balik keja beli durian, jiran sebelah nampak. Nak kasi tak banyak, tak kasi takleh lah. Kalau kondo, jiran serba tak kisah, dia tak tahu pun kita beli durian.

Lepak depan rumah

Jarang dan hampir tak ada orang duduk kondo bersidai depan rumah. Kalau rumah bawah tu dah biasa. Jadi kekadang segan dan tak sedap juga kalau jiran selalu pandang kita keluar masuk rumah.

Ada Juga Tak Baik

Ada juga tak eloknya duduk kondo, antaranya kos penyelenggaraan yang tinggi. Jadi sebelum beli rumah kondo, kena periksa berapa kos sebulan yang perlu kita bayar. Tapi kalau harga kondo murah, bayar bulan tinggi sikit, kalau masih untung, boleh le beli kondo.

 Kondo lelong Murah

Bukan saya taknak rumah bawah. Ada lokasi yang baik, perkara-perkara negatif di atas hampir  tiada sebab jirannya yang matang dan baik. Tapi masalahnya rumah bawah agak mahal walaupun lelong. Saya pernah 3 kali masuk lelong rumah bawah. Pertama di Uda harga 153,000 tapi ada 4 orang nak lawan. Oleh kerana beri laluan pada abang seorang tu, maka saya tarik diri dan berlaku perundingan belakang tingkap.

Kemudian di Uda juga harga 110,000 ada 8 orang lawan termasuk saya. Orang yang menang tu dapat dengan harga 148,000, harga yang saya tak jangka. Di Bukit Kempas, harga asal 85,000, orang tu dapat sampai 120,000, sorilah nak ambil.

Kondo Orang Ramai Tak Nampak

Dalam satu buku lelong yang saya beli, dia buat ibarat perbandingan seperti air teh o dengan teh. Harga teh o 80 sen, harga teh 1.20.  Walaupun jual teh 0 80 sen tapi modalnya cuma 10 sen. Kalau teh modalnya lebih mahal. Jadi lebih baik beli yang murah iaitu teh o, maksud saya kondo.

Lokasi Penting

Kondo bukan sebarang kondo. Kalau Minah Indon, cakap baik-baik sikit, nanti dia cakap 'kondom' pulak, kelucahan melampau tu. Kalau di JB, pilihlah lokasi dekat dengan bandar dan kawsan tumpuan orang. Contohnya kawasan sekitar Bandar Baru Uda.

Pangsapuri Persiaran Tanjong (gambar di atas)

Lokasi cukup baik, hampir semua rumah penuh dengan penyewa, ada saja orang cari rumah sewa. Sewa antara 700- 1200. Di depannya akan dibina bangunan kementerian kesihatan tak berapa lama lagi. Sekarang, semua penduduk setinggan sudah dipindahkan dan dipagar. Di sebelahnya Kondo Dwi Mahkota juga baik, harga lelong tak mahal tapi orang kita taknak beli.

Komen Situasi di Johor Bahru Sahaja

Ulasan saya ini adalah meliputi hartanah di kawasan Johor bahru sahaja, tidak meliputi daerah lain. Kalau di daerah lain, situasinya amat berlainan. Saya sekarang di Kluang sangat berlainan dan perlu dikaji dari aspek lain pula.
.


17 ulasan:

  1. salam...saya dah baca blog ni dari awal sampai ke sini..boleh kata menarik la...tapi saya dapat rasa la...ustaz ni seorg yg KEDEKUT!!!
    dan dalam cerita2 ustaz..kebanyakkan kaum hawa la yg selalunya dikenakan..

    contohlah KOS PEMBAIKAN TINGGI yg di atas ni..
    kecil hati isteri2 yg membaca..termasuk isteri saya...

    BalasPadam
  2. Saya lebih tertarik kalau orang menggelarkan saya 'kedekut' daripada menggelarkan saya seorang yang 'boros'. Hakikatnya bukan kedekut, tapi berjimat cermat.

    Kalau kaum hawa terasa, maknanya cerita saya ada kebenarannya. Saya ada banyak contoh, suami selalu mengalah dengan desakan isteri untuk berboros dalam mengubahsuai rumah yang tidak perlu.
    Teruskan membaca blog saya, untuk mendapat cerita kisah benar, termasuk suami terpaksa 'berhutang melampau' kerana desakan dan pujukan siisteri.

    BalasPadam
  3. Saya sokong pendapat ustaz. Kekadang isteri kita ini perlu ditegur oleh orang lain, termasuk teguran dalam tulisan ustaz. Kalau suami tegur belum tentu dia nak ikut. Walaupun tulisan ustaz banyak yang pedas, tapi saya percaya banyak kebaikannya pada isteri-isteri yang selalu baca blog ustaz. saya terus meyokong tulisan ustaz.
    (LAKSAMANA DOREME)

    BalasPadam
  4. ahaks.sokong cara ustaz.tgk flat kat perling nie pon horror.. mmg naya la sape dok bawah..

    BalasPadam
  5. cam mana Ustaz cari tau info ada rumah nak lelong tu..? pergi bank ke atau memang dah ada iklan kat mana2?

    sorry, saya blur sikit pasal ni..

    BalasPadam
  6. Perhentianboy... nak dapat info, kena rajin beli akhbar metro, Berita Harian dan The Star. Kekadang orang tak berapa tengok sgt kat iklan tu, terutama lelong di mahkamah. Yang iklan tu tak ada gambar, jadi tak berapa nampak sangat.

    Org br.... Saya rasa awak macam ada masalah jer, rilek ler. Hehehe...Teruskan membaca blog saya. Insyaallah, mungkin boleh merawat masalah anda. (Kan saya dah kata, macam-macam akan jumpa dalam blog saya).

    BalasPadam
  7. ok tuan, sy agak teruja dgn pandangan dan komen2 dr pembaca blog tuan ni.. ada yg pandang positif n negatif. sy tggu episod 4 cerita tuan.harap dapat banyak lg info2 yang tuan bg.

    BalasPadam
  8. huhu..
    kadang2 jimat cermat tu membawa berkat....
    kadang2 terlalu jimat pulak tak dapat berkat....

    BalasPadam
  9. Pangsapuri baru dimamah anai-anai
    Kosmo 23/03/2006

    BALAKONG - Pangsapuri baru dihuni kurang daripada tiga tahun, tetapi sudah menjadi sarang anai-anai.

    Begitulah masalah yang dialami beberapa penghuni Pangsapuri Juara Suria di Taman Jalan Belimbing dekat sini.

    Tinjauan KOSMO! di pangsapuri itu hasil aduan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mendapati bahagian rumah yang berkayu nampak kukuh, tetapi apabila disentuh ia sudah reput.

    Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Halim Yatim Md. Nor berkata, pemaju sepatutnya memandang serius masalah itu kerana ia akan bertambah serius jika tidak diatasi.

    Dia mendakwa sudah berbuih mulut mengadu tetapi tiada tindakan sehingga masalah sudah menular.

    Seorang penghuni, Norhayati Ibrahim, 31, keadaan itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.

    "Sebelum ini, habis lantai pake dan siling rumah rosak dimakan anai-anai," katanya.

    Dia memberitahu, kebanyakan penghuni, terutama di tingkat sembilan mengalami masalah yang sama dan sudah beberapa kali perkara tersebut diadukan kepada pemaju, Pembinaan AHT Sdn. Bhd. namun sehingga kini masalah tidak selesai.

    "Enam bulan lepas, pemaju ada menyembur racun anai-anai dan memberi jaminan akan menggantikan bingkai-bingkai tingkap dan pintu yang sudah reput, tetapi sampai sekarang tidak ada tindakan," katanya.

    Malah, akibat serangan anai-anai, ada penghuni terpaksa menghabiskan banyak wang untuk menggantikan lantai kayu, siling serta pintu dan tingkap.

    "Bila kami tidur, kami boleh dengar bunyi anai-anai makan kayu," katanya

    BalasPadam
  10. Assalamu'alikum w.b.t

    Ust,
    Saya antara pembaca senyap blog ust. Tetapi saya sering mengikuti entry ust terutama mengenai lelong rumah.

    Tapi kali ini saya ingin menyatakan sedikit pandangan saya. Saya sedang mencari rumah di Penang. Kawasan pulau. Berhampiran USM. Bagi saya situasi di sini menyamai situai di JB.

    Sukar untuk saya membeli rumah yang baru kerana harganya hampir mencerah RM1juta untuk rumah atas tanah dan RM100ribu ke atas untuk apartment. Jadi keadaan ini membuatkan saya memilih untuk membeli rumah dengan harga lelong.

    Tetapi jika saya memilih untuk membeli rumah di 'atas langit' bagi saya, saya telah merampas keceriaan anak-anak saya untuk bermain di halaman rumah. Bukan sahaja merampai keceriaan mereka tetapi juga merampai zaman kanak-kanak mereka. Walaupun terdapat taman permainan dan sebagainya, bagi saya ia tidak sama sekiranya seluruh keluarga mampu untuk berkumpul sama di halaman rumah.

    Ia sekadar pandangan saya sahaja. Keceriaan mereka adalah keceriaan saya. Bagi saya zaman kanak-kanak adalah suatu zaman yang kritikal kerana pada waktu tersebut mereka sedang cuba untuk memahami dunia.

    Bagaimana mungkin untuk saya fahamkan keadaan dunia sedangkan saya sibuk dengan tugasan begitu juga setelah pulang. Sekurang-kurangnya diwaktu saya pulang, saya berkesempatan menemani mereka bermain walaupun pada ketika itu tugasan yang masih belum selesai masih ditangan ketika menemani mereka bermain. Ia tidak mungkin terjadi sekiranya rumah saya di atas langit.

    Setiap kita berbeza pandangan, berbeza pendapat.. jadi terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing.

    Wassalam.

    BalasPadam
  11. Salam, ustaz, buka aoa yg ustaz baca pasal lelong rumah ni? boleh tolong emailkan?

    BalasPadam
  12. erm..saya tertarik dgn bisnes mcm ustaz lakukan ini. dan sekarang kami suami isteri baru ader 1 umah yang akan disewakan.Maybe nak kene belajar beli rumah lelong ni.
    Cuma part, umah bawah atas ni, mmg pelik pandangan ustaz ni. saya juge pernah duduk di kondo, tikus skang dah pandai memanjat tinggi2. motor suami saya pun dah dikerjakan anak2 jiran yang tak tau dari mana. atleast kalau boleh direnung, boleh juga dimarah budak2 tu.kereta pulak kene parking kat tepi jalan itu pun kalau nasib tak baik, abis kene calar.kalau kate perempuan tu nak tambah menambah, bukan ape, untuk keselesaan bersama juga.cuma umah kondo ni senang dikemas. kawasan luar terhad so tak yah la susah2 sangat.

    --marissa

    BalasPadam
  13. Kalau kondo yang ada masalah macam tu jangan belilah. Sebab tu sebelum beli kena kaji dulu, bukan senang-senang jer.

    BalasPadam
  14. maksud ustaz rumah bawah tu rumah teres ka? sorry la ustaz, term ni saya tak pernah dgr....;p

    BalasPadam
  15. akum ustaz...sya pn nina...nk tahu bli kondo or flat sng loan ker...pernah tanya bank rhb ...katanya rumah tanpa tanah susah nk buat loan

    BalasPadam
  16. tgk bhg lelongan umh area kl ke slngor dpt lg hrg bwh rm20ribu...kt jhr mahal betul...saya bli umh murah pun rm60k hrg asal rm25k susah nk lps nama...sebab dh bli umh rm100lbh masa baru kerja...

    BalasPadam
  17. Nak jawab soalan ini kena tanya yg kerja bank. Tapi kekadang kitanya orang bank pun, mereka jawab tak semestinya tepat. Contohnya kawan saya beli rumah lelong, mula orang bank kata boleh loan dan tak ada masalah. Tapi bila dia tunggu dalam sebukan, loan tak lulus dan dia kena cari bank lain pula. Pada saya, rumah atas, kondo, pangsapuri atau flat sama saja masalahnya dengan rumah bawah. Kalau bank nak lulus tu lulus juga. Cuma rumah bawah geran dia untuk kita seorang manakala rumah atas ini geran berkongsi. Pada bank, itu tak ada masalah. Selain lihat pada rumah, bank pun akan lihat pada orang yang meminjam iaitu baki gaji dan komitmen dia pada loan yang sebelumnya. Jurujual Cina selalu cakap "bayar cantik' maka loan senang lulus.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.