Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Mei 2010

Bung Moktar dan Zizie Izette Boleh Merayu Di Mahkamah Tinggi Syariah



Hukuman yang dijatuhkan ke atas Bung Moktar amat mengejutkan dirinya. Sudah tentu beliau tidak menjangka hukuman itu. Itu adalah keputusan Hakim Yang Arif di Mahkamah Syariah yang tidak perlu dipertikaikan atau dipersoalkan. Jangan ada mana-mana orang atau sesuatu pihak yang mempertikaikan keputusan ini.

Rayuan di Mahkamah Tinggi

Untuk membayar denda, kesemua mereka tiada masalah. Mungkin mereka akan membayar denda. Atau mungkin mereka tidak mahu membayar denda, kerana denda itu mungkin menjejaskan nama baik dan masa depan kerjaya mereka. Sebagai seorang yang ternama dan berjawatan tinggi, mungkin memikirkan untuk merayu, bertujuan mengurangkan denda dan mengenepikan hukuman penjara. Sekiranya tidak merayu, Bung Moktar mungkin boleh terjejas jawatan sebagai ahli parlimen.

Saya percaya, selepas ini Bung Moktar akan merayu ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengenepikan hukuman penjara. Takkanlah Bung Moktar sanggup masuk penjara. Kebiasaannya, peguam akan memohon ke mahkamah pada hari ini untuk menangguhkan sementara hukuman ini sementara menunggu tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Pengalaman saya sebagai Pendakwa Syarie, permohonan menangguh dan mengenepikan hukuman penjara adalah perkara biasa apabila seseorang dijatuhkan hukuman penjara.

3 ulasan:

  1. biasanya jika berjaya mengenepikan hukuman penjara-ditukar kepada denda?

    BalasPadam
  2. kalau lah.... Bung kalah dlm rayuannya, dan terpaksa masuk penjara sebulan dan dilucutkan pula dari jawatan.... agak2nya bila dia keluar dari penjara, masihkan isteri keduanya akan kekal setia....

    BalasPadam
  3. Tp melihatkan senyum lebar Bung dan senyum meleret zizie, agaknya dorg yakin berjaya kut...positif, positif...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.