Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Mei 2010

Lagi kes Tanam Bayi

SHAH ALAM: Polis menemui mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditanam berhampiran landasan kereta api berdekatan Stesen Komuter Padang Jawa, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner (ACP) Noor Azam Jamaluddin berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 10 malam memaklumkan mengenai penemuan longgokan tanah berupa kubur kecil.

"Polis kemudian menggali longgokan tanah itu dan menemui satu benda dibalut kain putih. Apabila dibuka didapati ada mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Noor Azam berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

2 ulasan:

  1. mereka panic dengan undang2 islam akhir zaman...

    BalasPadam
  2. subhanallah. kenapalah perkara inin terjadi kepada kawan ku sendiri... ;(((((

    BalasPadam

Dipersilakan komen.