Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Januari 2010

Anak Khalwat, Mak Khalwat


Satu hari, saya dapat aduan kes khalwat di sebuah taman di JB. Bila diserbu, tertangkap seorang perempuan belasan tahun dengan seorang lelaki 20-an. Mereka berdua saja di dalam rumah itu. Wanita itu menuduh, ibunya yang membuat laporan sehingga tertangkap. Tapi pada saya, saya tak kisah siapa yang buat laporan sama ada keluarga sendiri atau orang awam. Saya pun tak pasti siapa pengadu itu, betul atau tidak ibunya. Pasangan ini kemudian didakwa di mahkamah.

Bila selesai kes, pasangan ini kemudian berkahwin. Tapi suatu hari, pasangan ini datang jumpa saya, nak buat aduan tentang ibu perempuan itu yang dikatakan berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah. Maka pada masa yang tepat, saya membuat serbuan ke rumah tersebut. Memang betul ada kes, ibunya 50-an berstatus janda ditangkap dengan seorang lelaki 40-an berstatus suami orang. Yang mengejutkan juga, bila ibunya pula menuduh anak perempuannya yang buat laporan. Tapi macam biasa, saya kata saya tak tahu siapa yang mengadu.

Pengajarannya, anak dengan mak sama-sama nakal. Kalau anak nakal, dah kembali ke pangkal jalan dengan berkahwin dengan pasangannya. Kalau mak dia saya tak tahulah. Sebagai ibu yang berstatus ibu tunggal sepatutnya jaga maruah dan harga diri dan jangan terlibat dalam perbuatan buruk seperti ini.

7 ulasan:

  1. '..... seorang LELAKI belasan tahun dengan seorang LELAKI 20-an.' Rasanya kena buat pembetulan pada ayat ni. :)

    BalasPadam
  2. kakcikseroja... Terima kasih, tersalah taip dan dah dibetulkan.

    BalasPadam
  3. kehidupn yag bagus..belajar dari mata..

    BalasPadam
  4. Encik Khalil...tahniah ! aktif membanteres kemaksiatan....teruskan perjuangan...

    BalasPadam
  5. betul-betul kelakor. Sudah tukar; emak borek, anak rintik.

    BalasPadam
  6. intipati dari cerita ini. bila zina menjadi perkara biasa...dalam kehidupan .
    percaya atau tidak dalam satu bilik darjah hanya 1 org pelajar sahaja lengkap solat fardhunya. 5- 6 org celup2 solatnya selebihnya x solat....manusia hidup macam x bertuhan ....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.