Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Januari 2011

Histeria di SMA Padang Tengku, Kuala Lipis Terburuk Dalam Sejarah (Siri 1)

Ramai orang sana tahu cerita ini iaitu kejadian histeria di Sekolah menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang sekitar tahun 80-an dan 90-an. Saya bersekolah menengah di sana sampai tingkatan 5 dan ayah saya jadi ustaz di sekolah tu. Ayah saya, Ustaz Haji Mohd Noor bin Sitam mengajar di sekolah ni tahun 1977-1991 dan pencen di sini.

Masa saya sekolah rendah lagi, ada beberapa kejadian histeria di sekolah tu. Bukan sepanjang masa kena tapi ada musim. Kalau histeria menyerang, puluhan pelajar asrama perempuan kena serang. Masa saya masuk sekolah kat situ, lama juga tak kena walaupun histeria tu jadi sebutan ramai. Beberapa tahun juga tiada kejadian histeria selepas itu.

Pelajar Perempuan Kepanasan

Masa saya tingkatan tiga, tahun 1987, sedang belajar di kelas dalam jam 10.00 pagi, tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan seakan kepanasan. Perhatian tertumpu kepada pelajar perempuan tu termasuk cikgu permpuan masa tu pun berhenti mengajar dan pergi kepada perempuan tu. Pelajar tu nampak kepanasan dan mengeleng-ngeleng dan tangannya memegang kepala. Semua orang panik termasuk saya. Tiba-tiba dia menjerit sekuat hati dan meronta-ronta.

Guru perempuan dengan bantuan beberapa pelajar perempuan membantu tetapi dia mempunyai kekuatan luar biasa. Kemudian, didengari teriakan dari kelas lain dan suasana di sekolah tu jadi kelam kabut. Rupanya, dalam kelas lain ada juga yang kena serangan histeria itu serentak. Pelajar lain membantu dan pelajar perempuan yang kena histeria dia kumpulkan di sebuah kelas, rupanya ada lebih sepuluh orang yang kena. Di dalam kelas itu, mereka sedar tetapi seakan kena rasuk dan masih meronta-ronta. Pelajar lain termasuk saya berada di situ membacakan ayat suci Al-Quran beramai-ramai.

Melarat

Kejadian itu bukan berakhir di situ, kemudiannya melarat dan sebelah malam, ramai lain pelajar perempuan di asrama yang kena histeria. Ayah saya dipanggil untuk merawat dan menenangkan pelajar berkenaan. Saya ikut ayah saya ke asrama perempuan dan tengok keadaan histeria tu secara dekat. Ayah saya ambil air dalam gelas, kemudian membaca sesuatu dan merenjiskan ke muka pelajar perempuan tu. Secara tiba-tiba pelajar tu rebah dan seakan pengsan seketika.

Tak lama kemudian, pelajar tu sedar dan beberapa guru perempuan memegang tangan kiri dan kanan pelajar tu. Kali ini pelajar tu berkata-kata dan memarahi ayah saya dalam keadaan yang menakutkan. Suara perempuan itu sudah jadi seperti suara nenek. Antara yang saya ingat kata-kata perempuan tu, dia kata dia duduk di atas pokok ketapang di depan asrama perempuan tu. Semua jadi seram sebab depan asrama tu memang ada pokok ketapang, biasanya tempat pelajar duduk-duduk setiap petang.

Pelajar Lari

Masa tu, ada beberapa orang lagi diserang histeria di asrama tu dan dirawat oleh ustaz lain. Saya lihat ayah saya merawat dalam dua tiga orang pelajar. Masa tu, jeritan dan teriakan berlaku sahut menyahut dan lepas seorang, seorang lagi yang kena. Saya yang mencemaskan, tiba-tiba ada seorang perempuan tu mulanya sihat dan menjadi pembantu merawat kawannya yang histeria. Secara tiba-tiba dia kelihatan aneh, berdiri dengan matanya bulat seperti memandang sesuatu. Pelajar lain dan saya nampak kelainan perempuan tu dan semua yang ada di siru memerhatikannya saja.

Tiba-tiba, dengan pantas, dia keluar dari asrama itu melarikan diri dan orang lain gagal mengejarnya. Dia terus melarikan diri ke arah pokok ketapang di depan asrama tu. Guru dan pelajar perempuan pergi memegang perempuan tu dan berjaya dipegang sebelum sampai ke pokok ketapang tu. Dengan suara seperti nenek, perempuan itu meraung dan memberi amaran supaya jangan menghalangnya. Empat hingga lima orang baru berjaya mengheret dan dibawa masuk ke asrama semula.

..BERSAMBUNG KE SIRI 2, (lebih menakutkan... lemah semangat jangan baca) Mengendap Kat Sini

13 ulasan:

  1. Assalamualaikom ustaz..
    mmg menakutkan! teringat masa saya di tingkatan 2 atau 3.. pernah berlaku histeria beramai2 begini di sekolah saya. berjangkit2... tapi ada juga yang pura2. mcm2 gaya.. pelajar2 yg bukan Islam terpinga2 jadinya.. alhamdulillah dapat diselesaikan oleh ustaz & ustazah sekolah..

    BalasPadam
  2. kebanyakan histeria saya perhatikan banyak berlaku di pahang..

    BalasPadam
  3. kalau sebelum nie saya sekalu mendengar cerita or kisah org diserang histeria..pertama kali terjadi dalam hidup saya ketika kursus jabatan disebuah negeri..dimana tetibe selepas abeh kelas malam dalam jam 11 lebih salah seorg peserta kursus tetibe menjerit meracau ditingkat bwh asrama..semua diarahkan turun berkumpul di gelanggang badminton..ketika mangsa berada ditengah gelanggang dipegang oleh 3-4 budak lelaki cuma menenangkannya..tp kekuatan dia amat luar biasa..dan ketika itu juga saya mendengar suara yg keluar dari mulutnya bukan suara dia..100% bukan suara dia..semua budak2 kursus terdiam...mengeletar..saya jam-jam tuh lutut dah rasa longgar...bulu roma meremang sampai ke tengkuk...hampir jam 2-3 pagi jugak bru berakhir...itupun setelah si suami mangsa dtg

    BalasPadam
  4. Uishhh.... seram. Tapi betullah, histeria ni macam “berjangkit”. Kalu sorang jerit, yg lain (biasanya yg lemah semangat) akan ikut jerit pula.

    *Pengalaman sendiri.

    BalasPadam
  5. wah takut tu takut jugak..tapi disebabkan menarik..memang ternanti-nanti lah...sebab dari zaman masih bersekolah dulu ini juga menjadi pertanyaan ..kalu tak salah kes ni ada masuk tv3. tengah wartawan tu interview ada pelajar yang histeria...
    menarik seperti kisah mat burger la pulak...

    BalasPadam
  6. Salam Tuan,

    Yeahhh. Cerita yang menarik untuk Tahun 2011. Kita nantikan apa kesudahan cerita hyteria. Man Burger tu bila nak kahwin ya?..

    -OrAng KampungKu DiSini-

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...saya adalah bekas pelajar SMAPT..memang menggerunkan histeria yang pernah berlaku disana..kalau tak salah saya pada tahun 1991..masa itu saya di tingkatan 1..setiap hari kami tidak dapat belajar kerana gangguan histeria..semua guru dan pelajar-pelajar yang tidak kena histeria akan berjaga-jaga kerana histeria yang menyerang tidak kira waktu..

    BalasPadam
  8. T'kasih atas imbauan sejarah hitam sekolah kita ni dulu. Pasti ramai sahabat2 lama yg menyimpan banyak kenangan waktu tu. Antara yg terburuk yg sempat saya lalu pada tahun 1991. Katanya itu kes histeria paling berat pernah SMAPT kena. Mmg jadi igauan waktu tu.

    BalasPadam
  9. saya adalah bekas pelajar di sekolah ini yang kena histeria pada tahun 1991..ketika tingkatan 1...paling dahsyat pada tahun ni..sehingga sultan pahang datang....yang pasti saya tak ingat apa yang berlaku..tapi sehingga sekarang kalau dengar org menjerit pasti bulu roma naik....

    BalasPadam
  10. Awal 90an.....SMAPT genap selama setahun histeria. Malam pertama adalah masa bulan penuh. Tgh lepak kat kantin lepas maghrib makan keropok lekor dgn member sambil menunggu isyak (surau asrama lelaki). Tiba-tiba : a-"Kenapa Kak? Kelam kabut je?" b-"Nak ambil tracksuit" a-"Nak buat apa?" b-"Ada budak kene hsteria dalam surau perempuan". Adalah permulaan kes hasteria...... Panik, sedih, marah & kelakar sikit. Tak akan dilupakan hingga akhir hayat.

    BalasPadam
  11. Saya antara sukarelawan histeria SMAPT tahun 1991, memang menakutkan pada mulanya tp lama kelamaan dah jadi biasa. seingat saya time tu kelas 1kuning & kelas peralihan merah yg tak terlibat kalau x silap kelas2 lain semuanya ada wakil histerianya masing2. Hebatkan...Habis loceng masa pertama histeria dh start,siang malam & bulan Ramadhan pun ada.Bermula january sampai la julai 1991 sehinggalah semua tinggap2 cermin sek BOGEL dipecahkan deh bbudak histeria dan dibaiki semula oleh peruntukkan Sultan Pahang kita yg baik hati.Banyak pengalaman & kenangan yg tak mungkin dilupakan sebagai warga SMAPT.........1kuning.

    BalasPadam
  12. Pd thn tersebut saya di kelas peralihan merah

    BalasPadam

Dipersilakan komen.