Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Disember 2009

Abang Aji Terkejut Kenapa Lelaki Pun Kena Edah (Episod 3/5)

......SAMBUNGAN
Bila ceraikan isteri talak satu, Abang Aji tahu yang isterinya ada edah. Abang Aji faham dan tak pertikaikan edah Mak Aji. Tetapi Pak Aji pelik, dia dihalang berkahwin dengan menggunakan status duda untuk bernikah dengan isteri mudanya oleh Pejabat Agama. Inilah yang membuatkan Abang Aji 'naik angin'.

"Kenapa pulak lelaki ada edah ?" Pak Aji membebel depan saya selepas permohonannya ditolak. Dia macam nak mintak saya sokong dia, tapi saya buat tak layan saja.

Sebenarnya, memang pejabat agama ikut prosedur. Lelaki yang menceraikan isterinya talak satu tidak dibenarkan kahwin dengan orang lain dalam tempoh edah. Tujuannya, dibimbangi kalau selepas kahwin, Pak Aji rujuk semula dengan Mak Aji. Kalau gitu dia boleh ada dua isteri. Jadi kenalah tunggu Mak Aji habis edah.

Jadi niat dan nafsu kejantanan Pak Aji terbantut lagi. Kenalah tunggu edahnya tamat. Kalau Mak Aji ada haid lagi, edahnya 3 kali suci. Kalau dah takde haid, 3 bulan tempohnya.  Pak Aji ada masa untuk rujuk semula dengan Mak Aji dalam tempoh edah, anak dia pun berharap begitulah jadinya. Mak Aji pula buat tak kisah, nak rujuk rujuk, tak nak rujuk sudah, masa 3 bulan tu bukan lama. Dalam hati Mak Aji kata,

"Lu pikir le sendiri..." (ni saya saja menambah jer, nak sedapkan cerita)

Tapi Pak Aji dah nekat dan bersungguh-sungguh, dia dah tak mahu peluangnya terlepas. Jadi dia tetap tak mahu rujuk walau apa pun yang terjadi.

3 ulasan:

  1. Alaaa Bang KHALIL niii... story ler panjang skit. Kiter nak tahu apa kesudahannya drama rumahtangga Pak Aji dan Mak Aji nii...

    takkan nak soh kitaorang fikir sendiri kot? >> ayat ni saya tambah nak bagi sedap komen..hehehhe

    BalasPadam
  2. sabar...sabar...he he he suspen nihh,saya pun tak sabar...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.