Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Disember 2009

Orang Cacat Ditangkap Berjudi


Suatu hari saya buat operasi sekitar Johor Bahru. Biasanya kalau kedai sudah penuh dengan orang Islam, tangkapan segera perlu dilakukan apabila penguatkuasa sampai. Ini dibimbangi kalau mengambil masa yang lama, mungkin kaki judi mengenali penguatkuasa.

Waktu tangkapan dibuat, biasalah ramai yang suba melarikan diri. Yang tak berjaya lari akan ditangkap. Tetapi berlainan dengan seorang lelaki Islam yang ada di dalam kedai itu, dia tidak lari. Terus saya tahan, memang dia Islam bila tengok kad pengenalannya, usia 40-an. Dia orang cacat, berjalan masuk kedai judi pakai dua tongkat kiri dan kanan dan pergi kedai ekor naik teksi. Bila soal siasat, dia cacat dalam 2 tahun lepas akibat kemalangan. Dia tak bekerja, hanya isteri bekerja di kilang untuk membesarkan 4 orang anaknya.

Apalah orang ni, dah cacat, masih tak sedar. Allah beri dia umur panjang, selamat dalam kemalangan jalanraya walaupun cacat. Ini pun takmahu sedar ke ? Isteri dia suka ke dia main ekor ? Apa... suka ?

5 ulasan:

  1. Sedihnya mama baca N3 ni...muga dia diberi hidayah,tapi bila?

    BalasPadam
  2. walaupn cacat, dia masih manusia biasa...xterlepas dr melakukan dosa...

    xsemua yg dpt hidayah/ petunjuk tu dpt taufiq..
    jd mudah2an kita dpt hidayah n taufiq...amin

    BalasPadam
  3. sekang, OKU pun buat benda2 macam tu..ada gak OKU kena tangkap basah..hm, dunia2

    BalasPadam

Dipersilakan komen.