Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Disember 2009

PRESIDEN PERSATUAN PONDAN KUMPULKAN ORANGNYA (Episod 3)


SAMBUNGAN...
Amy, presiden persatuan pondan jumpa saya lagi dan minta saya berucap kepada pondan-pondan yang dia akan kumpulkan. Dia bercadang nak buat di sebuah rumah sewa di Taman Nong Chik, tak jauh dengan opis saya, iaitu rumah sewa salah seorang pondan. Ok, saya setuju.  Sebelum itu, saya buat risikan terhadap rumah itu, saya rasa ok.

Pada masa yang dijadualkan iaitu hari bekerja j am 2.30 petang saya sudah siap bersedia untuk berjumpa mereka. Hasil risikan, sudah ramai pondan berkumpul di rumah tersebut, hanya menunggu kedatangan saya saja. Saya sudah bersedia nak datang lebih kurang 5-6 orang menaiki kenderaan jabatan. Satu perkara yang mengejutkan ialah, Amy memaklumkan bahawa perjumpaan itu terpaksa dibatalkan. Bila saya tanya sebab apa, dia kata hasil perbincangan antara mereka. Saya pun tak tanya lebih dari itu. Saya percaya, perjumpaan itu terus diadakan walaupun tanpa kehadiran saya.

Beberapa hari selepas itu, Amy datang jumpa saya menyatakan kesediaan persatuannya berkempen di Jalan Dhobi dan meminta serbuan dihentikan seketika. Kali ini saya tidak jawab ya, juga tak jawab tidak. Amy nampaknya serba salah. Dia minta maaf pada saya kerana mungkin menyangka saya sudah hilang kepercayaannya. Kemudian saya jawab,

"Ok. Saya beri peluang ini, tapi kalau perlu, serbuan akan terus dijalankan. Itu semua rahsia".

Amy nampaknya berpuashati dan katanya untuk turun sama berkempen di Jalan Dhobi. Dalam pada itu, saya juga menghantar perisik saya untuk melihat keadaan sebenar di Jalan Dhobi. Saya mendapat maklumat, masih ada sedikit pondan yang menjalankan kegiatan maksiat  mereka walaupun jumlahnya sedikit. Hasil risikan juga telah menemui beberapa risalah kempen yang diedarkan oleh orang tertentu yang tidak dipastikan siapa. Saya rasa mungkin persatuan pondan yang edar, memang benar tekaan saya.

Tapi, ada suatu yang mengejutkan saya......

4 ulasan:

  1. tahniah, teruskan usaha murni. ikhlas razali awang tv3

    BalasPadam
  2. Wahhh... semakin mendebarkan drama nii... tak sabar dahh..

    Sdr Razali Awang... naper tak guna jer nama tu..

    BalasPadam
  3. Razali Awang ni kawan lama saya, kenal sejak sama-sama kat UKM dulu. Cuma dia ni kejap dengan TV3, kejap NTV7, bagaimanapun selamat maju jaya Razali.

    BalasPadam
  4. Ha ha ha kami semua media prima berhad, ada tv3, ntv, tv9 dan 8tv jadi bukan perkara pelik ke sana sini. Satu tambahan fakta, saya pernah bekerja di MAIJ.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.