Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 Disember 2009

Hati-hati dengan awek cun



Baru-baru ni saya pegi kedai handphone kat JB. Datang tengok-tengok harga telefon. Lepas tu datang awek cun kat sebelah, cun lagi seksi. Seksi itu sungguh menyiksakan. Dia nak beli top up. Lepas tu datang 2 orang lelaki  umur dalam 20-an datang nak top up juga. Tertarik dengan awek cun tu, salah seorang lelaki tu tegur awek tu.

"Pegi mana adik ? Boleh berkenalan ke ?" Tiba-tiba awek tu jawab.

"Yer le, nak top up. Nak belanja top up ker....".

Alamak, rupanya suara dia garau macam lelaki, ini bukan perempuan, rupanya pondan. Saya tergelak tak boleh tahan, sampai perempuan yang jual top up tu pun tersipu-sipu nak menahan gelak. Lelaki yang tegur tadi tu nampak merah muka, terdiam tak terkata.

4 ulasan:

  1. salam...hebatnya pondan tu...sampai tak dapat beza lelaki dan perempuan!...masyarakat sekarang sudah haru biru dan porak peranda dengan masalah sosial yang tiada penghujungnya...hanya keimanan yang kental dan beristiqamah dengan keskuasaan Allah dapat menghalang pengaruh negatif daripada merosakkan jiwa.
    Amat tercabar rasanya nak mendidik anak2 zaman sekarang yang membesar dengan persekitaran yang jelik...

    BalasPadam
  2. Hahaha.. salah sendiri la mamat tu,yg pandai2 'usya' sapa suruh.. sekali sutun daaaa.
    Memang kalau pandang sekali mcm2 rupa ada, krisdayanti ada, inul ada.. pandang dua kali rupanya cik sutun.Hahaha.. jgn terpedaya dgn make up dia, cuba suruh dia cuci muka. Ada hilang selera mkn 1 minggu. Moralnya, jgnlah buat keje bukan2. Allah murka.

    BalasPadam
  3. haaha... tergelak aku baca... tak dapat ku bayangkan macamana ye... :P

    BalasPadam
  4. pondan2.....pondn zmn skang dh mju....hek6

    BalasPadam

Dipersilakan komen.